Utusan Borneo (Sarawak)

Acara larian tarik masyarakat ke muzium

-

KUANTAN: Berlari pada waktu malam menjadi pendekatan luar kotak Muzium Negeri Pahang untuk menarik minat pengunjung di samping mempromosi­kan gaya hidup sihat.

Pengarah Muzium Pahang Datuk Ahmad Farid Abd Jalal berkata, Larian Muzium Kuantan yang dianjurkan buat pertama kali malam kelmarin berjaya menarik kehadiran 800 peserta termasuk dari luar negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Belgium dan Filipina.

“Kami mahu pendekatan yang lebih santai untuk menarik kehadiran pengunjung dan aktiviti larian memang mempunyai peminat tersendiri tanpa mengira usia dan selain menjadikan lawatan ke muzium lebih menarik.

“Ini juga bertujuan untuk memberi perspektif berbeza kepada masyarakat yang mungkin beranggapa­n muzium sebagai lokasi berkaitan warisan dan sejarah sematamata,” katanya kepada pemberita pada acara itu.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Tourism Pahang Datuk Ishak Mokhtar.

Ahmad Farid juga memaklumka­n untuk tahun lalu, muzium di Pahang berjaya menarik kehadiran kira-kira 257,000 pengunjung dan diharapkan jumlah itu akan meningkat pada tahun ini dengan penganjura­n acara seperti larian serta Tahun Melawat Pahang 2017.

Beliau menambah untuk menerapkan elemen warisan dalam acara larian itu, pihaknya melakukan kelainan seperti paluan gong untuk menandakan permulaan larian dan persembaha­n silat pada acara pembukaan.

Beliau berkata sambutan mengalakka­n pada program itu juga menyebabka­n pihaknya merancang mengadakan Royal Pekan Night Run di Pekan tahun hadapan.

“Pekan juga destinasi yang sesuai untuk diketengah­kan menerusi acara ini kerana di Pekan terdapat tiga muzium termasuk Muzium Masjid Sultan Abdullah, Muzium Sultan Abu Bakar,” katanya.

Larian Muzium Kuantan yang dianjurkan dengan kerjasama Universiti Putra Malayia (UPM) melibatkan tiga kategori iaitu 18 kilometer (km), 8km dan 3km yang bermula di Muzium Seni Pahang di sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia