Utusan Borneo (Sarawak)

Raptai perarakan panji-panji berjalan lancar

-

PUTRAJAYA: Raptai penuh Perarakan Panji-Panji sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dataran Pahlawan Negara di sini semalam berjalan lancar.

Seramai 25 pegawai dan 563 anggota lain-lain pangkat daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Lt. Kol. Mohd Radzi Othman mengambil bahagian sebelum acara kemuncak berlangsun­g Selasa ini.

Turut hadir menyaksika­n raptai ialah Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affendi Raja Mohamed.

Kali kedua diadakan di Putrajaya, majlis itu akan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis serta Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein dan isteri Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah.

Bagi memastikan kelancaran acara, anggota dan pegawai yang terbabit kawalan kehormat, pancaragam dan unit helikopter bagi upacara lintas hormat daripada ketigatiga cabang perkhidmat­an dilihat giat menjalani latihan.

Beberapa buah khemah bagi menempatka­n tetamu kehormat dan jemputan khas juga telah siap didirikan.

Perbarisan mengarak panji-panji adalah satu istiadat ATM dengan panjipanji tersebut merupakan satu penghormat­an dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatseti­aan tidak berbelah bagi ATM terhadap raja dan negara.

Istiadat Panji- Panji merupakan suatu penghormat­an negara yang dianugerah­kan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada kor dan rejimen ATM sebagai mengenang jasa dan perkhidmat­an cemerlang pasukan keselamata­n itu kepada negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia