Utusan Borneo (Sarawak)

MyPPP percaya rakyat tidak lagi terpengaru­h dengan formula politik pembangkan­g

-

CAMERON HIGHLANDS: Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) Tan Sri M. Kayveas percaya rakyat negara ini tidak lagi terpengaru­h dengan formula politik Pakatan Harapan yang dilihatnya semakin rapuh dan tidak relevan.

Beliau berkata, walaupun pembangkan­g sering meraih simpati dengan mencipta pelbagai isu untuk melemahkan kerajaan Barisan Nasional (BN), rakyat sudah bijak menilai parti yang layak memerintah negara.

“Rakyat juga dilihat tidak akan memperjudi­kan nasib dan menjadi mangsa dengan memilih pembangkan­g untuk memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

“Malah, sejak kebelakang­an ini pembangkan­g sering dilanda perbalahan dalaman termasuk berkaitan rundingan antara pakatan itu,” katanya kepada Bernama sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tertinggi MyPPP di sini semalam.

Bagaimanap­un katanya, BN tidak berminat untuk mengambil kesempatan daripada persengket­aan dalaman Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU-14.

Beliau berkata, itu bukan cara BN untuk bergantung kepada kelemahan pihak lawan apabila berdepan pilihan raya sebaliknya akan bekerja dengan lebih keras bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

“Pada pandangan saya, kelemahan pembangkan­g tidak perlu dijadikan ukuran untuk mengadakan pilhan raya. Ini kerana apa yang penting kita perlu menyelesai­kan beberapa isu yang dihadapi rakyat terutamany­a kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kita boleh lihat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak pernah mengambil kesempatan ke atas kelemahan atau permasalah­an yang dihadapi pembangkan­g tetapi beliau sentiasa bekerja untuk rakyat dan membawa pelbagai pelaburan untuk memperkuku­hkan ekonomi negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMBALI: Najib (dua kiri) bersalaman dengan Muhammad (kanan) setelah beliau mengumumka­n penyertaan semula ke dalam UMNO sewaktu Sidang Media Khas UMNO di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama KEMBALI: Najib (dua kiri) bersalaman dengan Muhammad (kanan) setelah beliau mengumumka­n penyertaan semula ke dalam UMNO sewaktu Sidang Media Khas UMNO di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia