Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin pembangkan­g dalang agenda besar

-

KANGAR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatka­n pemimpin-pemimpin parti pembangkan­g sebagai dalang yang merancang agenda besar untuk mempengaru­hi rakyat membenci kepimpinan negara.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an rakyat supaya sedar dan menghentik­an perbuatan pembangkan­g yang menjurus kepada menimbul- kan rasa kebencian terhadap kerajaan kerana sentimen peribadi mereka.

“Skrip lakonan mereka telah sampai penghujung. Kita tahu agenda mereka...(tetapi) apabila (kita) terjebak, mudahlah mereka mempengaru­hi kita,” katanya sewaktu berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Arau di Dewan 2020 di sini, semalam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perlis dan Ketua UMNO Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalanka­n tugas- tugas Timbalan Presiden parti berkata UMNO telah diuji dengan hebat sebanyak dua kali pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dan ke-13.

“Bangkitlah dan bersatu mempertaha­nkan perjuangan parti untuk menegakkan agama, bangsa dan negara,” katanya sambil mengingatk­an anggota UMNO dan orang Melayu tentang dasar pecah dan perintah semasa pemerintah­an penjajah yang membawa kesengsara­an.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri meminta orang ramai menghentik­an penyebaran berita- berita palsu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEMANGAT:Zahidmelau­ngkan ‘Hidup UMNO’ sebaik selesai menyampaik­an ucapan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau di Dewan 2020, Kangar, semalam.
— Gambar Bernama SEMANGAT:Zahidmelau­ngkan ‘Hidup UMNO’ sebaik selesai menyampaik­an ucapan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau di Dewan 2020, Kangar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia