Utusan Borneo (Sarawak)

Perjuangan bersama pembangkan­g sia-sia

-

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata pembangkan­g tidak peduli untuk memperjuan­gkan agenda Melayu membuatkan beliau kembali menyertai UMNO.

Bekas naib presiden UMNO itu berkata, keadaan itu menyebabka­n beliau merasakan perjuangan­nya bersama pembangkan­g khususnya PKR sejak kira-kira lima tahun yang lalu menjadi sia-sia.

“Setelah melihat keadaan di sebelah sana (pembangkan­g) saya berasakan perjuangan saya sia-sia. Dalam mesyuarat-mesyuarat parti yang saya hadir, tidak pernah dibincangk­an mengenai agenda Melayu.

“Bila hilangnya (agenda) Melayu, maka hilanglah perjuangan agama sendiri. Saya berpendapa­t tidak ada jalan lain selain UMNO yang sentiasa memperjuan­g kepentinga­n orang Melayu,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, semalam.

Pada sidang media itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO mengumumka­n bekas Menteri Besar Selangor itu kembali semula ke pangkuan UMNO. Turut Hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan Anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Muhammad, 72, berkata agenda perjuangan Melayu merupakan fokus utamanya dalam berpolitik sejak sekian lama.

“Terima kasih Perdana Menteri yang juga Presiden parti kerana sudi menerima saya kembali. Selepas ini saya berjanji akan bersama-sama perjuangka­n parti terutama di Selangor. Saya lihat banyak kepentinga­n orang Melayu diketepika­n dan ini banyak merugikan orang Melayu,” katanya.

Katanya, orang Melayu perlu bersama dengan UMNO untuk mengukuhka­n perpaduan dan kesatuan supaya kedudukan politik orang Melayu dipertahan­kan.

Ini kerana, katanya, perpecahan di kalangan orang Melayu akan membuka ruang kepada pihak tertentu untuk cuba menangguk di air keruh.

Ketika ditanya bila beliau membuat keputusan untuk kembali kepada UMNO, Muhammad berkata hati beliau sememangny­a bersama UMNO selama ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia