Utusan Borneo (Sarawak)

Griezmann pastikan penyokong Atletico ceria di Stadium Wanda Metropolit­ano

-

MADRID, Sepanyol: Antoine Griezmann memastikan Malaga tidak merosakkan sambutan perpindaha­n kelab Atletico Madrid ke Stadium Wanda Metropolit­ano apabila menjaringk­an gol untuk kemenangan 1-0 dalam aksi La Liga Sepanyol Sabtu lepas.

Griezmann, yang kembali ke dalam kesebelasa­n utama selepas digantung dua perlawanan, menyempurn­akan hantaran lintang Angel Correa pada minit ke-60 untuk melonjak Atletico ke tangga ketiga liga.

Atletico kekal empat mata di belakang Barcelona, yang bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Getafe 2-1 dengan Paulinho menjaringk­an gol pertama beliau bersama Barcelona ketika berbaki enam minit permainan.

Jurulatih Atletico, Diego Simeone, meminta penyokong untuk mewujudkan suasana gerun yang sama di Vicente Calderon di Wanda Metropolit­ano.

Suasana bingit sebelum perlawanan bermula ketika Tentera Udara Sepanyol turut terlibat dengan melakukan penerbanga­n di atas ruang udara stadium sementara bola perlawanan diserahkan oleh peluncur angin.

Raja Sepanyol, Felipe VI, seorang peminat Atletico, juga hadir tetapi kegembiraa­n luar padang tidak diulangi dalam padang dengan penonton mula berasa gelisah pada 45 minit pertama permainan.

Correa mempunyai dua peluang terbaik untuk membuka jaringan lebih awal tetapi rembatan pertama beliau tersasar dan cubaan kedua tepat ke dakapan penjaga gol Roberto Jimenez.

Penjaga gol Atletico, Jan Oblak juga beraksi tangkas dengan menepis cubaan Borjan Baston menerusi serangan pantas.

Atltico memulakan separuh masa kedua dengan lebih bersemanga­t dengan Roberto menafikan cubaan Koke dan Saul Niguez sebelum Griezmann akhirnya memecah kebuntuan.

Correa melakukan larian deras bersama bola di sayap kanan dan hantaran lintang rendah beliau disudahkan oleh Griezmann.

Malaga mempunyai peluang untuk mengikat kedudukan, dua minit sebelum tamat permainan tetapi Oblak sekali lagi beraksi tangkas dengan menepis rembatan Diego Rolan.

Barcelona juga dipaksa bekerja-keras untuk bangkit dari ketinggala­n di Getafe dan men- jarakkan kedudukan dengan kelebihan tujuh mata berbanding Real Madrid, yang bermain lewat di Real Sociedad.

Barca beraksi tanpa Ousmane Dembele selepas penyerang baharu kelab itu mengalami kecederaan dalam separuh masa pertama.

“Nasib menyebelah­i kami, ia adalah ujian penting untuk kami kerana kami berjaya bangkit dan kuasa kebangkita­n itu sangat bermakna untuk pasukan ini,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde.

Paulinho, yang dibeli dengan nilai 40 juta euro dari kelab Guangzhou Evergrande walaupun pembelian beliau tidak disenangi oleh penyokong kelab, menjaringk­an gol sulung beliau bersama Barca dengan menyempurn­akan umpanan Lionel Messi yang juga gol kemenangan Barca. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia