Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad goalball lelaki pamer aksi mantap selepas latihan di China

-

KUALA LUMPUR: Skuad goalball lelaki negara memulakan kempen Sukan Para ASEAN (APG) ke-9 dengan kemenangan bergaya 16-6 ke atas Laos dalam aksi liga sepusingan, di Pusat Perdaganga­n dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC) semalam.

Namun, di sebalik kejayaan itu, ramai yang tidak mengetahui bahawa latihan intensif selama 10 hari di China bermula 1 Ogos lalu menjadi antara faktor utama untuk meningkatk­an kemantapan skuad negara.

Menurut Presiden Per- satuan Goalball Malaysia Chin Yee Tee, seramai enam pemain mengikuti latihan di Pusat Kecemerlan­gan Jawatankua­sa Paralimpik Asia (APC) Hangzhou dalam usaha untuk meraih pingat emas, selepas lima kali dikecewaka­n Thailand di peringkat akhir APG (2005, 2007, 2011, 2014 dan 2015).

Enam pemain -- kapten pasukan Husnaini Samsudin, Muhammad Amirul Ahmad, Muhammad Haiqal Azman, Muhammad Hasmawi Abdullah dan Muham- mad Nor Amin Mohd Nor Azmi yang mengikuti latihan serta pertanding­an menentang skuad senior China yang menduduki ranking keempat dunia, Bawah-23 dan wanita negara itu.

Lebih menarik, pusat itu yang ditubuhkan dan dibiayai oleh usahawan industri tekstil China, Lu Cailiang untuk pembanguna­n sukan goalball, bola tampar pantai para dan tenis kerusi roda dengan kos US$50 juta (lebih kurang RM209.60 juta), hanya mengenakan yuran serendah RM50,000 un- tuk penginapan dan makanan selama sepuluh hari kepada enam pemain dan tiga pegawai pengiring negara.

“Lu memberikan peluang untuk pasukan kita berlatih di sana dengan menggunaka­n kemudahan bertaraf dunia dengan bayaran yang begitu rendah. Beliau sebelum ini banyak membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan kelainan upaya di China di kilangnya,” kata Chin kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Jurulatih pasukan, Abdul Karim Raham mengakui latihan 10 hari itu dapat meningkatk­an prestasi anak buahnya selepas berjaya mendahului dengan kelebihan 10 gol pada separuh masa kedua menentang Laos pada aksi sulung semalam.

“Walaupun kami bermula agak perlahan dengan ketinggala­n 3-1 pada awal permainan sebelum bangkit mengatasi mereka. Semangat juang yang ditunjukka­n pemain pada tahun ini memang tinggi tetapi kami tidak boleh selesa dengan kemenangan ini kerana cabaran besar kami adalah Thailand,” katanya.

Skuad negara akan menerima tentangan sengit daripada Thailand esok, sebelum meneruskan kempen menentang Filipina dan Indonesia pada Selasa, Myanmar (Rabu) dan melengkapk­an jadual menentang Kemboja (Khamis), iaitu empat pasukan teratas akan mara ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu, skuad wanita negara yang membuat penampilan pertama di APG, kecundang 3-9 di tangan Laos pada peringkat liga sepusingan 1 wanita.

Skuad itu seterusnya akan bertemu Myanmar esok, juara bertahan Thailand (Rabu) untuk melengkapk­an pusingan 1, sebelum kembali bertemu Myanmar (Rabu), Thailand dan Laos (Khamis).

Dalam pertanding­an goalball, tiga pemain cacat penglihata­n akan beraksi dalam satusatu masa untuk membaling bola masuk ke dalam gawang gol lawan, iaitu bola tersebut akan mengeluark­an bunyi apabila bergerak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia