Utusan Borneo (Sarawak)

SHA mahu Miri tubuhkan persatuann­ya sendiri

-

MIRI: Persatuan Hoki Sarawak (SHA) mahu Miri menubuhkan persatuann­ya sendiri dalam usaha untuk didengar dan dilihat demi kebajikan pemain-pemain hoki di bahagian ini.

Presidenny­a, Datin Mary Sadiah Zainuddin berkata dengan adanya persatuan tersebut suara mereka akan lebih kuat dan didengar serta kebajikan dapat dipertimba­ngkan.

“Saya telah memberikan tugas tersebut kepada Kelab Hoki Warrior Miri (Warrior HC) untuk melaksanak­annya dan diharap dapat direalisas­ikan untuk manfaat pemain- pemain hoki di sini,” katanya pada majlis penutupan Kejohanan Hoki 3 on 3 anjuran Warrior HC di SMK St Columba Miri petang Sabtu lalu.

Hadir sama Jurulatih Hoki Miri, Rudi Naziri dan Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK St Columba Miri, Mohamad Affendi Panglima.

Mary menjelaska­n, persatuan yang ditubuhkan itu nanti lebih memudahkan menganjurk­an pelbagai aktiviti seperti bengkel untuk jurulatih dan pengadil hoki dalam usaha meningkatk­an sukan hoki di Miri.

Menurutnya, sehingga kini Miri tidak mempunyai persatuan hoki selepas tidak aktif sekitar tahun 90-an.

“Pada masa kini, latihan atau pertanding­an hoki diadakan adalah diuruskan oleh Jurulatih Hoki Miri melalui Warrior HC.

“Justeru, saya memuji usaha Warrior HC mengan- jurkan kejohanan hoki dan pada masa sama memberi peluang kepada peserta menggilap atau mengetenga­hkan bakat mereka melalui sukan hoki,” ujarnya.

Malah, kejohanan dianjurkan adalah pendedahan sangat baik kerana peserta bukan sahaja mendapat pengalaman malah meningkatk­an kemahiran mereka.

Mary turut mengingatk­an pemain-pemain hoki agar turut menitikber­atkan pelajaran akademik walaupun aktif dalam bidang sukan.

“Untuk menjadi seorang pemain hoki lebih baik, kamu perlu juga pandai dalam bidang pelajaran.

“O l e h i t u , s e l a i n fokus dalam bidang sukan tumpuan terhadap akademik juga penting leb- ih-lebih lagi kamu masih di bangku sekolah. Akademik dan sukan perlu diseimbang­kan,” katanya.

Sementara itu, Kejohanan Hoki 3 on 3 itu menyaksika­n Thunder dan SMK St Columba (D) dinobatkan sebagai juara bagi kategori lelaki dan wanita.

Tempat kedua kategori lelaki dimenangi SMK Baru (C) diikuti dengan SM Sains (A) di tempat ketiga.

Manakala tempat kedua dan ketiga kategori wanita masing-masing dimenangi Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang (E) dan SMK St Columba (A).

Sebanyak 26 pasukan lelaki dan 22 pasukan wanita mengambil bahagian pada kejohanan terbuka kepada sekolah menengah sekitar Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia