Utusan Borneo (Sarawak)

‘Game of Thrones’ pembuka pintu bagi

- Oleh Frankie Taggart

SEBAGAI putera asing yang segak, Oberyn Martell dalam ‘Game of Thrones’, Pedro Pascal menawan hati ramai penonton dan, tanpa ragu lagi, menjadi dambaan banyak wanita dengan godaan dan keranggian­nya.

Namun apabila peminat mendekati lelaki ChileAmeri­ka berusia 42 tahun itu, mereka lebih berkemungk­inan mahu bergambar dengan tangan mereka yang mendakap dengan kuat tengkorakn­ya, dan bukannya meletakkan tangan mereka di keliling pinggangny­a, katanya sambil bergurau.

Red Viper lakonan Pascal mencuri musim empat bagi siri hit HBO itu, sebahagian­nya disebabkan oleh gayanya yang begitu menggoda tetapi juga kerana kematianny­a yang sangat tragik memastikan statusnya yang ikonik dalam satu siri yang tidak segan silu mempamerka­n keganasan yang begitu kejam.

Tiga tahun selepas muncul dalam siri paling popular dekad ini itu, Pascal boleh menganggap diri sebagai seorang pelakon senarai A yang tulen, dengan watak dalam filem berbajet besar seperti komedi perisik akan datang ‘Kingsman: The Golden Circle’ yang tiba di atas meja ejennya.

Namun populariti pelakon itu telah dibawa ke tahap seterusnya oleh watak utamanya sebagai ejen DEA Javier Pena dalam drama dunia jenayah yang berlatarbe­lakangkan Colombia terbitan Netflix ‘Narcos’.

“Apabila kami tamat membuat penggambar­an bagi musim kedua, saya terpaksa pergi terus ke UK dan mula bekerja untuk ‘Kingsman’, dan di sanalah saya mula-mula merasai populariti program itu,” kata Pascal kepada AFP di ibu kota Colombia, Bogota, sebelum tayangan perdana musim ketiga pada minggu lepas.

“Mereka amat menyukai ‘Narcos’ di England. Orang berkata ‘Javier Pena?’ sepanjang masa,” katanya, sambil meniru vokal bahasa Inggeris Muara dan hentian glotis seorang penyeluk saku zaman Victoria.

“Saya kata, ‘Wah – saya sudah bebas daripada Oberyn’. Jadi ia menarik, terutamany­a memandangk­an Netflix mempunyai kapasiti yang menakjubka­n ini untuk meletakkan programpro­gram ini ke dalam rumah di negara-negara yang begitu banyak dan pelbagai.”

Peminat setia ‘Thrones’, katanya, sentiasa mahu bercakap mengenai Martell yang mahu matanya dikorek dan kepalanya dipecah oleh tangan kesatria raksasa Ser Gregor ‘The Mountain’ Clegane.

“Semua mereka mahu mencucuk mata saya dengan ibu jari mereka,” katanya dengan senyuman.

Pascal, yang berkembang agak lewat dalam kelompok teratas Hollywood, bekerja keras sejak hujung tahun 1990an dalam program TV – selalunya penampilan sekali dalam dramadrama jenayah - sebelum ‘Thrones’ muncul.

Dia dilahirkan di Santiago, ibu kota Chile, kepada aktivis-aktivis pembangkan­g yang terlibat dalam pergerakan menentang diktator tentera, Augusto Pinochet, tetapi Texas menjadi tempat tinggalnya semasa kanak-kanak selepas ibu bapanya lari ke Amerika Syarikat.

Dia sudah tahu sesuatu mengenai Colombia sebelum ‘Narcos’, kerana pernah melawat negara itu sewaktu percutian keluarga pada usia 13 tahun, dan sekali lagi untuk filem TV pada 2011 ‘Burn Notice: The Fall of Sam Axe’ untuk rangkaian USA.

“Saya amat seronok sekali. Saya tidak ada banyak kerja untuk dibuat, jadi saya lebih seronok, dan itu bermakna mengenali kawan baharu dan pergi ke parti orang … dan mendapat gambaran mengenai senario hipster yang hebat di Bogota,” katanya mengenai lawatan kedua.

“Membuat penggambar­an (‘Narcos’) di sini, pengalaman saya hidup di Colombia berbeza sekali daripada kisah yang kami ceritakan.”

Ramai ketua dari kemuncak perang dadah di Colombia pada tahun 1980-an dan 90-an menemui penghujung yang mengerikan atau meringkuk dalam penjara persekutua­n AS, namun Pascal dan pelakon lain kerap menerima tuduhan bahawa program itu menggambar­kan penyeludup­an dadah sebagai sesuatu yang glamor.

“Saya tidak rasa program itu tidak bertanggun­gjawab sepenuhnya mengenai glamor yang dikaitkan dengannya. Ia bersifaf glamor, tahu tak, tetapi ia juga berbahaya dan ganas, dan semua orang kecundang. Ia menceritak­an seluruh kisah,” katanya.

“Ia tidak membuat saya mahu menghisap kokain dan ia tidak membuat saya mahu menjadi pengedar dadah, tetapi bagi orang lain, ia mungkin begitu.”

Di atas layar besar, beberapa filem lakonan Pascal termasuk komedi puntianak yang amnya tidak dipedulika­n, ‘Bloodsucki­ng Bastards’, dan blockbuste­r fantasi China yang tidak disukai, ‘The Great Wall’, bersama Matt Damon.

Namun wataknya sebagai seorang ejen sulit Amerika dalam filem akan datang ‘Kingsman: The Golden Circle’ adalah watak filemnya yang paling berprofil tinggi setakat ini, yang meletakkan­nya sebaris dengan begitu ramai pelakon elit di Hollywood.

— AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia