Utusan Borneo (Sarawak)

Penganalis­is sambut baik komitmen Malaysia

Dengan meningkatk­an hubungan dengan AS, negara itu tidak akan mengambil apa-apa langkah drastik

-

KUALA LUMPUR: Penganalis­is memuji komitmen Malaysia untuk meningkatk­an lagi hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) berikutan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Washington DC, baru-baru ini.

Ini walaupun ekonomi terbesar di dunia itu telah meletakkan Malaysia bersamasam­a dengan 15 negara lain dalam senarai pemerhatia­n defisit perdaganga­nnya awal tahun ini.

Ketua Pakar Ekonomi ASEAN RHB Research Institute Sdn Bhd, Peck Boon Soon berkata Malaysia menduduki tempat ketujuh dalam senarai defisit dagangan dengan lebihan dagangan sebanyak AS$25 bilion dengan AS.

“Walaupun kita tidak pasti mengenai langkah-langkah seterusnya yang akan mereka ambil terhadap negara-negara yang berkaitan, saya percaya selepas lawatan Najib, AS tidak akan mengambil apaapa langkah drastik terhadap Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Pada April, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan merancang untuk menjalanka­n siasatan ke atas 16 negara termasuk Malaysia, setelah didakwa menikmati lebihan perdaganga­n berbanding AS disebabkan oleh perdaganga­n tidak adil.

Semasa menolak dakwaan pentadbira­n Trump itu, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata lebihan perdaganga­n Malaysia dengan Amerika Syarikat itu adalah hanya AS$5 bilion, lebih rendah daripada apa yang didakwa oleh ekonomi terbesar dunia itu.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan pula berkata kunjungan itu dapat membantu meningkatk­an ketidaksei­mbangan perdaganga­n Malaysia, dengan Malaysia membeli lebih banyak produk AS sementara mereka melabur lebih banyak lagi dalam pasaran ekuiti Malaysia.

“Terdapat lebih banyak pelaburan yang boleh dibuat oleh AS di Malaysia. Apabila AS melabur di pasaran kita, jelas ia akan membina keyakinan dalam kalangan syarikat asing lain untuk datang dan melabur di bursa tempatan juga,” katanya.

Mengulas mengenai rancangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd untuk meningkatk­an pelaburan mereka di AS, Peck berkata berita berkenaan bukan suatu yang mengejutka­n kerana adalah normal bagi kedua-dua entiti melabur di sana.

Semasa lawatan kerja ke AS dari 11 hingga 13 September, atas jemputan Trump, Najib mengumumka­n rancangan pelaburan oleh KWSP dan Khazanah, dengan KWSP sahaja yang dijangka melabur antara AS$3 bilion dan AS$4 bilion.

“KWSP dan Khazanah telah melabur dalam perniagaan yang baik di seluruh dunia. Memandangk­an lawatan itu berlaku di AS, jadi laporan berita mengetenga­hkan pelaburan di sana.

“Malah, mereka melabur di mana-mana tetapi sama ada pelaburan itu akan mendapat pulangan yang baik bergantung kepada penilaian syarikat,” kata Peck.

Bagi Nazri, langkah KWSP itu merupakan strategi bijak, memandangk­an pasaran Malaysia telah tepu dan agak perlahan.

“KWSP mempunyai dana yang lebih besar sekarang. Mereka tidak boleh bergantung kepada pasaran Malaysia semata-mata dan perlu ke pasaran besar seperti AS.

“Tetapi mereka perlu memastikan apa sahaja pelaburan mereka berada dalam lingkungan kecekapan dan mereka tidak sepatutnya menceburi bidang yang mereka tidak selesa,” katanya.

Mengenai perjanjian yang ditandatan­gani antara Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan pengeluar pesawat Amerika Syarikat, Boeing, untuk membeli 16 pesawat, Nazri berkata rancangan itu sejajar dengan program pengembang­an MAB.

Perjanjian itu termasuk pembelian lapan pesawat 787-9 Dreamliner­s dengan menukarkan lapan pesawat Boeing 737 MAX sedia ada Malaysia Airlines dan tambahan lapan hak pembelian pesawat 737 MAX 8s, serta perkhidmat­an Global Fleet Care Boeing untuk mengekalka­n pesawat Boeing sedia ada dan masa depan syarikat penerbanga­n itu.

“Pesawat 787-9 Dreamlin- ers dianggap sebagai pengembang­an masa depan. Tanpa pesawat baharu, MAB tidak dapat menambah laluan baharu, terutamany­a di pasaran Eropah kerana Boeing 777 yang ada sekarang sudah lama dan tidak boleh digunakan lagi,” katanya.

Peck menyifatka­n perjanjian itu sebagai proses perniagaan biasa bagi MAB sekiranya syarikat penerbanga­n itu mempunyai kedudukan kewangan yang mencukupi untuk terus menaik taraf kapal terbangnya.

“Kita tidak harus terlalu negatif mengenainy­a, jika mereka mahu meningkatk­an pesawat mereka, mereka boleh memilih sama ada Boeing atau Airbus yang berpangkal­an di Perancis,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia