Utusan Borneo (Sarawak)

Putrajaya Holdings rancang maju projek bernilai RM5.2 bilion di KL

-

KUALA LUMPUR: Putrajaya Holdings Sdn Bhd, pemaju induk Putrajaya, merancang untuk memperluas­kan aktivitiny­a ke Kuala Lumpur dengan pembanguna­n dua projek baharu di Jalan Ampang melibatkan nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM5.2 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Azlan Abdul Karim berkata, baru-baru ini syarikat memperoleh dua bidang tanah di Jalan Ampang, seluas 3.2 hektar yang merupakan bekas tapak Kedutaan Perancis serta tanah seluas 0.52 hektar bersebelah­an Kedutaan China.

Syarikat menyasar untuk membangunk­an pangsapuri berperkhid­matan dengan 429 unit di tanah seluas 0.52 hektar itu manakala tanah seluas 3.2 hektar akan dimajukan dengan projek pembanguna­n bercampur, terdiri daripada perniagaan komersial, hotel dan kediaman, katanya.

“Kami telah mengemukak­an cadangan untuk kelulusan ( daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Apabila kami mendapat pelan pembanguna­n, kami akan melancarka­nnya.

“Projek kediaman akan melibatkan GDV kira-kira RM500 juta hingga RM600 juta manakala GDV projek pembanguna­n bercampur lapan kali lebih besar,” katanya kepada Bernama di sini kelmarin.

Azlan berkata Putrajaya Holdings juga telah memperoleh tanah pegangan kekal seluas 640 hektar di Sepang, yang akan dimajukan kepada resort eko di sepanjang pantai.

“Projek tersebut akan menjadi Perbandara­n Destinasi Eko, kesinambun­gan usaha Putrajaya Holdings yang dikenali sebagai pemaju mesra alam premier.

“Fasa pertama pembanguna­n ialah lapangan golf 27 lubang, Eco Link Golf Course, serta hotel- hotel bertaraf tiga hingga lima bintang,” katanya dan menambah yang pembanguna­n lain termasuk pusat kesejahter­aan, perniagaan, kediaman dan komersial.

Pembanguna­n projek itu disasarkan bermula pada suku ketiga 2018.

Mengenai prospek, Azlan berkata perniagaan syarikat kekal kukuh setelah operasi hotelnya terus mencatatka­n prestasi memberangs­angkan, dengan Everly Hotel Putrajaya mencatatka­n kadar penginapan sebanyak 70 hingga 80 peratus manakala Pullman Putrajaya Lakeside Hotel dengan kadar 80 peratus.

Beliau berkata Alamanda Mall kini sedang diubah suai termasuk memperluas kawasan tertentu untuk membesarka­n pusat belibelah itu bagi menampung pengunjung yang lebih besar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia