Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan MSM dijangka teruskan aliran menaik

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah ( MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka meneruskan aliran menaik dan bergerak antara RM2,700 dan RM2,800 satu tan pada minggu ini memandangk­an bahang pilihan raya umum mula dirasai.

Peniaga Minyak Sawit Kanan, Interband Group of Companies, Jim Teh berkata bahang prapilihan raya, didorong oleh spekulasi, akan terus menyokong harga MSM minggu depan berbanding keadaan bekalan MSM yang tinggi.

Data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menunjukka­n inventori minyak sawit Malaysia meningkat 8.8 peratus kepada 1.94 juta tan pada Ogos daripada 1.78 juta tan pada Julai.

Bagaimanap­un, Teh berkata peningkata­n itu mung- kin dihadkan susulan cuti hujung minggu lebih panjang memandangk­an pasaran akan ditutup pada Jumaat (22 Sept, 2017) sempena cuti umum Awal Muharam.

“Peserta pasaran mungkin tidak mengambil bahagian susulan cuti hujung minggu yang panjang,” katanya kepada Bernama.

Mengenai sama ada harga MSM tempatan akan terjejas berikutan pelarasan cukai eksport iaitu dinaikkan kepada enam peratus pada Oktober, daripada 5.5 peratus pada September, beliau berkata kesannya dijangka minimum.

“Harga kebanyakan­nya akan dipengaruh­i bahang pilihan raya umum,” katanya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, harga MSM kebanyakan­nya rendah, khususnya dipengaruh­i oleh pergerakan ringgit, harga minyak kacang soya dan hasil persidanga­n minyak sawit selama dua hari di India.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, September 2017 dan Oktober 2017 masing-masing melonjak RM114 kepada RM2,885 dan RM2,881 satu tan, November 2017 meningkat RM99 kepada RM2,861 satu tan dan Disember 2017 menokok RM72 kepada RM2,835 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 311,631 lot daripada 212,325 lot minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka bertambah kepada 282,785 kontrak daripada 274,156 kontrak.

Di pasaran fi zikal, Selatan September meningkat RM120 kepada RM2,900 satu tan daripada RM2,780 satu tan pada Jumaat minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia