Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan KLCI dijangka mendatar

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak mendatar minggu ini, mengikuti prestasi pendasar pasaran tunai, kata seorang peniaga.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata FBM KLCI diunjur tidak berubah minggu ini berikutan isu semenanjun­g Korea yang boleh mempengaru­hi sentimen pasaran.

Bagaimanap­un beliau berkata, pengukuhan ringgit dan kesan limpahan daripada pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberi sokongan kepada pasaran.

Beliau berkata, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) boleh mengukuh antara 1,770 dan 1,780.

Bagi asas perbanding­an Jumaat ke Jumaat, kontrak semerta September 2017 dan Oktober 2017 naik 9.5 mata setiap satu, masing-masing kepada 1,781 dan 1781, Disember 2017 menambah 10.5 mata kepada 1,779 manakala Mac 2018 menokok 11.5 mata kepada 1,778.5.

Jumlah dagangan bagi minggu yang baharu berakhir meningkat kepada 23,846 lots daripada 17,222 lot yang dicatatkan pada minggu sebelumnya manakala kontrak terbuka bertambah kepada 36,122 kontrak daripada 28,398 kontrak sebelumnya.

Penanda aras FBM KLCI menokok 6.43 mata semasa mengakhir minggu kepada 1,786.33 daripada 1,779.9 pada Jumaat sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia