Utusan Borneo (Sarawak)

Taufan Doksuri sebabkan banjir kilat di George Town

Bukan berpunca daripada limpahan air Empangan Air Itam

-

GEORGE TOWN: Banjir kilat di beberapa kawasan di bandar raya ini sini pada Jumaat lepas adalah disebabkan oleh Taufan Doksuri yang menyebabka­n berlaku taburan hujan luar biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa berkata ia bukan berpunca daripada limpahan air Empangan Air Itam.

Beliau berkata, taufan itu mengakibat­kan kapasiti taburan hujan pada hari tersebut sebanyak 270 milimeter (mm) iaitu bacaan luar biasa yang direkodkan di Pulau Pinang, selain turut meningkatk­an paras empangan itu sebanyak 25 peratus.

“Kebiasaann­ya Pulau Pinang menerima taburan hujan antara 3 mm dan 52 mm. Tetapi pada 15 Sept lepas, taburan hujan yang diterima ialah sebanyak 270 mm, maknanya luar daripada jangkaan biasa.

“Hujan luar biasa ini bukan disebabkan oleh hujan antara monsun. Ia adalah tempias daripada Taufan Doksuri yang turut melanda Vietnam selaju 165 kilometer sejam.

“Taburan hujan sebanyak 270 mm ini adalah lebih kurang hujan yang turun dalam tempoh sebulan, tapi ia turun dalam satu malam sahaja. Akibat taufan ini Pulau Pinang mendapat hujan sebanyak 270 mm dan telah mengisi Empangan Air Itam sehingga penuh,” kata Jaseni kepada pemberita ketika melawat Empangan Air Itam semalam.

Turut melawat Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkut­an Negeri Lim Hock Seng serta barisan kepimpi- nan kerajaan negeri.

Hujan lebat lebih lima jam dengan air laut pasang setinggi 2.1 meter pada 15 Sept lalu telah mengakibat­kan 100 kawasan di lima daerah di Pulau Pinang ditenggela­mi air dan beberapa kawasan telah mengalami kejadian tanah runtuh.

Beliau berkata buat masa ini pihaknya sedang memantau taburan hujan dan paras Empangan Air Itam bagi memastikan air di empangan itu tidak melimpah kerana ia telah mencapai paras maksimum 100 peratus ekoran hujan lebat Jumaat lepas.

“Memang kita tahu sebelum musim hujan kita akan turunkan takungan empangan untuk mengambil hujan yang lebih di mana paras takungan empangan tidak boleh lebih 75 peratus. Kalau lebih ia melimpah. Kita mengeluark­an kira-kira 50 juta liter air sehari. Empangan yang penuh ini boleh tahan hingga 100 hari tanpa hujan,” katanya.

Bagi memastikan paras empangan itu berada pada tahap normal, Jaseni berkata PBAPP sedang merancang untuk membina sebuah paip dari Empangan Air Itam yang akan menyalurka­n lebihan air ke Empangan Teluk Bahang bagi mengelakka­n daripada berlaku limpahan dan pembaziran air dan ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata buat masa ini pihaknya memaksimum­kan pengeluara­n di Empangan Air Itam dan apabila empangan itu berada pada tahap maksimum ia boleh disalurkan menerusi paip berkenaan ke Empangan Teluk Bahang memandangk­an empangan itu kini berada pada paras 88 peratus.

Sementara itu Lim berkata sebanyak RM50 juta diperuntuk­kan bagi memasang paip itu dan apabila siap kelak Ia akan berfungsi untuk menyimpan dan menjimatka­n sumber air sekal igus dapat menangani masalah banjir di negeri ini.

Beliau turut meminta kerajaan persekutua­n untuk menyegerak­an projek Jabatan Pengairan dan Saliran di negeri ini termasuk Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang bagi mengurangk­an masalah banjir terutama di kawasan rendah seperti di Jalan P. Ramlee di sini.

Beliau berkata pihaknya akan menulis surat kepada kerajaan persekutua­n supaya mempercepa­tkan projek berkenaan kerana hanya RM300 juta daripada keseluruha­n peruntukan RM1.4 bilion dibelanjak­an untuk projek itu buat masa ini.

“Kita nak kerjasama dengan semua pihak untuk projek rancangan tebatan banjir yang diumumkan kerajaan persekutua­n. Walaupun projek ini sudap siap kelak, ia masih tidak dapat menghalang banjir. Banjir tetap akan berlaku, namun ia akan mengurangk­an masalah banjir dan kesannya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PARAS AIR: Jaseni Maidinsa menunjukka­n carta paras air yang mencecah 100 peratus berikutan hujan lebat pada Jumaat ketika melawat ke Empangan Air Itam semalam.
— Gambar Bernama PARAS AIR: Jaseni Maidinsa menunjukka­n carta paras air yang mencecah 100 peratus berikutan hujan lebat pada Jumaat ketika melawat ke Empangan Air Itam semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Zainol Fadzi (empat, kanan) menyampaik­an hadiah kepada pasukan ‘Two Sneakies+Two Innocents’ yang muncul juara keseluruha­n dan meraih hadiah RM5,000 Kembara Mencari Harta Karun ‘World of Wonders’ Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC)-Perak 2017 anjuran...
— Gambar Bernama TAHNIAH: Zainol Fadzi (empat, kanan) menyampaik­an hadiah kepada pasukan ‘Two Sneakies+Two Innocents’ yang muncul juara keseluruha­n dan meraih hadiah RM5,000 Kembara Mencari Harta Karun ‘World of Wonders’ Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC)-Perak 2017 anjuran...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia