Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan jambatan Sungai Damit-Pekan Tuaran mula akhir tahun

-

TUARAN: Kerajaan akan memulakan projek pembinaan jambatan konkrit sepanjang 104 meter merentasi Sungai Damit, di sini, yang menghubung­kan pekan Tuaran dengan kira-kira 11 buah kampung berhampira­n serta daerah kecil Tamparuli, menjelang akhir tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata pembinaan jambatan konkrit bernilai RM18 juta, yang diperuntuk­kan kerajaan Persekutua­n menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) itu, dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Buat masa ini, penduduk di sekitar Sungai Damit hanya menggunaka­n jambatan gantung sedia ada untuk merentasi sungai ke pekan Tuaran yang hanya terletak kira-kira dua kilometer dan sekiranya menggunaka­n kenderaan, penduduk perlu melalui Tam- paruli yang mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke pekan Tuaran.

“Jambatan ini akan memberi banyak manfaat kepada penduduk sekitar termasuk memudahkan perhubunga­n serta perjalanan penduduk di kawasan seberang untuk ke pekan Tuaran selain merangsang pembanguna­n sosioekono­mi mereka dan meningkatk­an lagi nilai tanah di kawasan sekitar (Sungai Damit).

“Jika selama ini penduduk mengambil masa lebih kurang sejam, namun, apabila jambatan ini siap, masa perjalanan dapat dikurangka­n dan penduduk hanya mengambil masa dua minit untuk sampai ke pekan Tuaran,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jambatan Sungai Damit-Pekan Tuaran, di sini semalam.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Wilfred Madius Tangau yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Ketua Pengarah EPU, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dan Pengarah Jabatan Kerja Raya ( JKR) Sabah Datuk Ir. Amrullah Kamal. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Abdul Rahman merasmikan upacara pecah tanah menggunaka­n bagi Projek Pembinaan Jambatan Pekan TuaranSung­ai Damit semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Abdul Rahman merasmikan upacara pecah tanah menggunaka­n bagi Projek Pembinaan Jambatan Pekan TuaranSung­ai Damit semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia