Utusan Borneo (Sarawak)

JHS tegas terhadap pembalak haram, bakar balak dan jentera

-

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mengambil tindakan lebih tegas terhadap pembalak haram dengan membakar balak haram termasuk jentera yang digunakan.

Pengarah JHS Sapuan Ahmad ( gambar) berkata tindakan ini diambil sebagai amaran tegas serta betapa seriusnya jabatan dalam membantera­s kegiatan ini.

“Kita telah memusnahka­n balak haram buat pertama ka- linya dalam rampasan baru-baru ini disebabkan kesukaran untuk mengangkut keluar balak yang dirampas.

“Perkara ini juga telah saya bincang bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan kita berharap kegiatan ini akan dihentikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran Inisiatif GEODRONE oleh Ketua Menteri di Pejabat Korporat Sarawak Forestry Corporatio­n Sdn Bhd (SFCSB) di Jalan Sungai Tapang, Kota Sentosa dekat sini semalam.

Berhubung dron yang dilancarka­n semalam, ia akan digunakan oleh SFC untuk membantu JHS memantau kegiatan pembalakan haram di negeri ini.

“Teknologi dron yang digunakan oleh SFC ini adalah lebih canggih dan mampu terbang selama sembilan jam.

“Inisiatif ini dibiayai oleh kera- jaan pusat dan kita berharap ia akan meningkatk­an kecekapan pemantauan sumber hutan di negeri ini,” katanya.

Sapuan turut tidak menolak bahawa semakin banyak tangkapan dan rampasan balak haram dibuat kebelakang­an ini.

Bagaimanap­un katanya, kebanyakan daripada tangkapan ini adalah melibatkan kawasan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan bukannya kawasan pembalakan utama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia