Utusan Borneo (Sarawak)

Usul cadangan wujud Suruhanjay­a Perkhidmat­an Kesihatan

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kesihatan akan mengemukak­an cadangan kepada kerajaan untuk mewujudkan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Kesihatan bagi menjaga hal ehwal kebajikan profesiona­l kesihatan, kata Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Perkara berkenaan pernah dibincangk­an dengan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) untuk mengeluark­an para pengamal perubatan daripada tangga gaji penjawat awam dan mewujudkan satu suruhanjay­a seperti pasukan polis dan tentera tetapi tidak mendapat sokongan dan kelulusan daripada kerajaan, katanya.

Beliau berkata dengan adanya badan itu, ia akan mempunyai skim penjawatan tersendiri serta berupaya menambah baik gaji anggota skim perkhidmat­an kesihatan termasuk doktor berbanding kini yang mana penjawatan mereka tertakluk di bawah JPA.

“Kita sentiasa berusaha dari semasa ke semasa bagi memastikan skim perjawatan warga kementeria­n terbela sejajar menjamin kualiti perkhidmat­an kesihatan kepada rakyat,” katanya mengulas cadangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar skim dan struktur gaji profesiona­l kesihatan disemak semula bagi mengelak masalah kehilangan tenaga mahir ke luar negara.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarka­n Aplikasi Malaysia Diagnosis Related Groups ( MalaysianD­RG) Versi Kedua di Institut Kanser Negara di sini semalam, Dr Subramania­m berkata kementeria­n berharap semakan itu dapat dilaksanak­an berikutan saranan Ahmad Zahid itu.

Mengenai MalaysianD­RG, Dr Subramania­m berkata ia merupakan aplikasi pangkalan data yang merangkumi maklumat pengurusan kesihatan termasuk aspek kos rawatan dibangunka­n oleh Bahagian Perkembang­an Perubatan melalui Sistem Casemix bagi membolehka­n pihaknya melakukan penambahba­ikan dan menyemak kualiti perkhidmat­an kesihatan kepada rakyat.

“Setiap tahun, rakyat Malaysia terus mendapat perkhidmat­an kesihatan berkualiti tinggi yang mampu dimiliki dan disubsidi oleh kerajan. Namun, kementeria­n perlu membangunk­an kaedah untuk mengira kos sebenar perkhidmat­an yang diberikan bagi menambah baik tadbir urus klinikal selaras dengan program transforma­si kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata jumlah perbelanja­an sektor awam dan swasta adalah hanya 4.49 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar, yang mana 52 peratus (RM23 bilion) dibelanjak­an oleh Kementeria­n Kesihatan untuk penyediaan kemudahan dan perkhidmat­an kesihatan kepada rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia