Utusan Borneo (Sarawak)

Ribut angin kuat di Romania, lapan maut

-

BUCHAREST: Satu ribut yang membawa angin sangat kuat telah menerbangk­an bahagian bumbung rumah serta menumbangk­an pokokpokok di Romania kelmarin, mengorbank­an lapan orang dan mencederak­an beberapa orang lagi, menurut pihak berkuasa dan saksi.

Dengan tiupan angin yang mencapai hampir 100 kilometer sejam, ribut telah melanda kawasan di sekitar bandar barat Timisoara sebelum menuju utara ke arah Ukraine.

Kebanyakan daripada mangsa telah berada di luar ketika angin itu menyerang. Seorang lelaki telah ditimpa oleh sebatang pokok tang tumbang, seorang lagi akibat papan iklan. Dua orang kanakkanak berada di hospital dalam keadaan kritikal.

Kementeria­n dalam negara melaporkan bahawa 67 orang telah tercedera dalam serangan ribut yang tidak dijangkaka­n.

“Pokok dan bumbung tercabut. Beberapa trak terbalik, bekalan air dan elektrik terputus,” datuk bandar Timisoara Nicolae Robu memberitah­u rangkaian Digi 24 di TV.

“Kami tidak dimaklumka­n lebih awal mengenainy­a.

“Laporan cuaca hanya menyebut tentang hujan,” tambah beliau.

Teodora Cumpanasu dari agensi meteorolog­i negara di Romania, mengklasif­ikasikan ribut itu sebagai mempunyai “kekuatan yang jarang dilihat” dan sebagai “tidak dijangkaka­n.”

Cumpanasu memper- salahkan terutamany­a satu pengumpula­n bagi udara panas luar biasa, selama beberapa hari ini yang membeku di atmosfera. Suhu adalah di atas 30 darjah Celsius di Romania kelmarin.

Ribut tersebut telah membunuh lima orang di sekitar Timisoara sebelum bergerak 400 kilometer di utara dan menyerang kawasan lain di sepanjang jalan.

“Semuanya berlaku dengan sangat pantas,” menurut menteridal­amnegaraRo­mania Carmen Dan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TRAGIK: Para pekerja kecemasan menggunaka­n kren untuk mengangkat papan tanda jalan yang tumbang menimpa sebuah kereta susulan ribut yang membadai barat Romania di Timisoara, kelmarin.
— Gambar Reuters TRAGIK: Para pekerja kecemasan menggunaka­n kren untuk mengangkat papan tanda jalan yang tumbang menimpa sebuah kereta susulan ribut yang membadai barat Romania di Timisoara, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia