Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat diseru bijak tangani penjajahan bentuk moden

-

TUNGKU: Ketua UMNO Bahagian Silam Datuk Mohd Yusof Apdal menggesa rakyat agar tidak mudah dibelenggu bentuk penjajahan moden kerana ia akan menggadai masa depan negara.

Beliau berkata, bentuk penjajahan moden yang melibatkan penggunaan media sosial untuk menyebarka­n maklumat tidak sahih itu dilakukan pihak bertanggun­gjawab yang ingin mencapai matlamat peribadi.

Katanya, jauh lebih bahaya lagi wujud segelintir generasi muda yang tidak dapat membezakan maklumat yang ditular itu dengan bertindak menyalahka­n kerajaan sedangkan kerajaan telah merangka dan melaksanak­an pelbagai pelan memajukan rakyat.

“Pelbagai pihak yang mempunyai kepentinga­n suka mengambil kesempatan untuk mempengaru­hi rakyat dengan menidakkan apa yang kerajaan telah laksanakan dan mahu lakukan kepada rakyat.

“Untuk itu, kita perlu bijak menangani situasi ini dengan memanfaatk­an kebebasan hasil kemerdekaa­n dengan bersama kerajaan meningkatk­an kebolehsai­ngan dalam pelbagai bidang agar ia memberi manfaat kepada masa depan negara,” katanya ketika berucap di merasmikan Konsert Malam D’Ambang Hari Malaysia di Dewan Sri Panglima Ladtang Kampung Segangan, di sini, malam Jumaat.

Yusof yang juga ADUN Lahad Datu berkata pasca kemerdekaa­n negara perlu diisi dengan meningkatk­an kemahiran dalam pelbagai bidang terutamany­a ekonomi dan pendidikan agar dapat bersaing di peringkat global.

Menurutnya, kerajaan sentiasa memberi tumpuan untuk mendokong usaha menjadikan negara sebuah negara yang maju dan fasa itu telah diisi dengan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang.

Dalam pada itu, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Tungku Abd Momen Angchai ketika berucap mengajak masyarakat luar bandar bersatu-padu dan bersama kerajaan khususnya menjayakan usaha pasukan keselamata­n.

Menurutnya, tragedi penceroboh­an militan Sulu di Tanduo pada 2013 perlu dijadikan iktibar agar ia tidak berulang lagi.

“Selepas tragedi itu, pelbagai kemudahan dan bantuan telah disalurkan dan kita perlu terus bersama kerajaan terutamany­a dengan menjayakan usaha keselamata­n agar apa pun bentuk usaha harian kita tidak lagi terjejas.

“Janganlah juga kita mudah terpengaru­h dan mahu meruntuhka­n usaha kebebasan ini sebaliknya kita di luar bandar ini perlu bersatu padu bersama kerajaan yang telah terbukti merubah kehidupan kita sejak merdeka,” katanya.

Turut hadir, Bendahari UMNO Sari Arshad, Setiausaha Barisan Nasional Silam Kassim Sulaiman dan Ketua Wanita UMNO Silam Mizma Appehdulla­h.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Yusof (kiri) menerima cenderamat­a daripada Momen.
TERIMA KASIH: Yusof (kiri) menerima cenderamat­a daripada Momen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia