Utusan Borneo (Sarawak)

Tuduhan mandatori remaja edar ganja dipindah ke Mahkamah Tinggi

-

MIRI: Kes seorang remaja lelaki menghadapi dua tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja telah dipindah ke Mahkamah Tinggi.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor yang memohon agar kes itu dipindah dan didengar lanjut di Mahkamah Tinggi.

Katanya, kes itu akan didengar lanjut di mahkamah tersebut pada satu tarikh akan ditetapkan kelak.

Manakala tertuduh diperintah­kan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.

Ranovich Matthew, 19, dari Desa Pujut 2, Bandar Baru Permyjaya di sini didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan dihadapi.

Berdasarka­n kes pertama, tertuduh disyaki mengedar dadah jenis ganja seberat 532 gram.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.30 petang, 18 Mei tahun ini di tempat letak kereta hadapan kedai makan Saloma Classic Bandar Baru Permyjaya di sini.

Manakala dalam kes kedua, tertuduh masih menuntut di sebuah kolej di sini dituduh melakukan kesalahan serupa dengan mengedar dadah jenis ganja seberat 269 gram.

Kesalahan itu didakwa dilakukany­a pada jam 10 malam, 18 Mei tahun ini di rumahnya di Desa Pujut 2 Bandar Baru Permyjaya di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia