Utusan Borneo (Sarawak)

Sedia kaunter untuk penumpang Malaysia tiba dari luar negara

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing mencadangk­an agar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyediaka­n kaunter pemeriksaa­n khas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ( KLIA) untuk penumpang Malaysia yang tiba dari luar negara.

Beliau berkata sistem digunakan ketika ini iaitu pemegang pasport Malaysia atau rakyat Ma- laysia berkongsi kaunter pemeriksaa­n imigresen dengan penumpang asing menimbulka­n masalah kepada penumpang Malaysia terutama yang bergegas mendapatka­n penerbanga­n domestik untuk ke destinasi seterusnya atau ke negeri masing-masing.

Menurutnya disebabkan hanya satu kaunter pemeriksaa­m imigresen disediakan, penumpang terpaksa beratur pan- jang menyebabka­n ada penumpang Malaysia terlepas penerbanga­n domestik mereka.

“Jika anda tiba (di KLIA) dari luar negara dan seterusnya akan mengambil penerbanga­n domestik, kaunter Imigresen Malaysia tidak begitu bertimbang rasa dengan rakyatnya yang pulang ke tanah air.

“Saya melalui situasi ini pada malam kelmarin ketika tiba di KLIA dari lawatan kerja ke London. Semua penumpang sama ada rakyat Malaysia atau asing beratur panjang sehingga ada yang terlepas penerbanga­n domestik mereka yang seterusnya,” katanya.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an bersama rombongan melakukan lawatan kerja ke London dan Perancis dan tiba di tanah air malam kelmarin.

Beliau berkata di negara lain, rakyat mereka yang tiba dari luar negara akan melakukan pemeriksaa­n di kaunter imigresen berasingan dengan penumpang asing.

Tambahnya, dengan mewujudkan kaunter pemeriksaa­n khas itu, rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air akan berasa kepulangan mereka dialualuka­n dan bangga menjadi rakyat negara ini.

 ??  ?? MASING
MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia