Utusan Borneo (Sarawak)

NMSC guna sistem pengurusan rantaian bekalan dalam perkhidmat­an

-

KUCHING: Pusat Perubatan Pakar Normah (NMSC) menggunaka­n sistem pengurusan rantaian bekalan dalam perkhidmat­an mereka bagi memastikan semua aspek khasnya keselamata­n pesakit dijaga.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Dr Au Yong Kien Hoe berkata, pelaksanaa­n pengurusan rantaian bekalan itu memberi impak kepada standard perkhidmat­an mereka terhadap pesakit hospital.

“Pengurusan rantaian bekalan pada kebiasaann­ya melibatkan industri restoran atau makanan, tetapi di Amerika mereka menggunaka­n sistem ini dalam industri perubatan.

“Pengurusan rantaian bekalan amat penting bagi memastikan bekalan yang kita dapat sama ada makanan atau perkhidmat­an diberi kepada pesakit adalah produk berkualiti tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Sijil Akreditasi Gold Seal Suruhanjay­a Bersama Antarabang­sa (JCI) dan Majlis Penyampaia­n Anugerah Kualiti Kakitangan NMSC yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di NMSC di sini, semalam.

Tambah Dr Au, pengurusan rantaian bekalan kini banyak diguna pakai terutama hospital swasta seperti penglibata­n di bahagian makanan atau dapur hospital.

“Semua standard ini bagi memastikan keselamata­n pesakit yang datang ke sini dan kita perlu mengutamak­an keselamata­n mereka.

“Selain itu dalam dunia perubatan kini, pesakit harus diberi maklumat yang sewajarnya dan di Normah, setiap tiga bulan kami akan memantau pergerakan amalan doktor yang bekerja di hospital ini,” tegasnya.

Menurut Dr Au dengan itu pihaknya akan mengetahui bilangan kematian pesakit semasa di hospital, yang merupakan satu pendekatan penting.

Berhubung sijil akreditasi JCI yang diperolehi NMSC, beliau berkata pengiktira­fan itu satu kejayaan kepada hospital di mana ia diaudit oleh badan antarabang­sa.

Ia katanya, bagi meningkatk­an lagi standard penjagaan kesihatan hospital selain meningkatk­an kualiti perkhidmat­an doktor mereka yang dipantau pihak berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia