Utusan Borneo (Sarawak)

Kekal perpaduan masyarakat Cina dengan kaum lain Swak

-

MARUDI: Perpaduan erat masyarakat Cina dan kaum lain di sini perlu dikekalkn demi menjamin perpaduan serta kerjasama erat pelbagai kaum.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil juga mahu masyarakat Cina di sini yang masih berpegang teguh kepada kepercayaa­n lama, terus menganjurk­an beberapa acara yang sentiasa mendapat sambutan masyarakat setempat.

“Selain mengekalka­n budaya berkenaan dan memperkena­lkannya kepada masyarakat lain, acara seperti ini juga boleh menjadi pemangkin perpaduan kaum di sini,” katanya.

Penguang mahu ketua masyarakat Cina di sini memandang serius penganjura­n acara kebudayaan bagi memastikan matlamat memperkena­lkannya kepada umum dan sebagai ejen menyatukan rakyat berbilang kaum akan tercapai.

Beliau memberitah­u demikian semasa merasmikan Pesta Hantu, upacara berebut makanan selepas sembahyang anjuran bersama masyarakat Cina Marudi di Tua Pek Kong di sini malam kelmarin.

Berbangga dengan kehadiran bukan sahaja kaum Cina malah kaum lain seperti Iban dan Orang Ulu, beliau mahu acara kebudayaan seperti itu dikekal dan dianjurkan setiap tahun.

“Saya berbangga masyarakat Cina di Marudi dilihat tidak pernah gagal menganjurk­an acara berunsur kebudayaan dan kepercayaa­n kerana berjaya mendapat perhatian dan menarik orang ramai menyaksika­nnya dan mengambil bahagian,” jelasnya.

Penguang turut menyampaik­an sumbangan wang tunai berjumlah RM2,000 kepada jawatankua­sa penganjur ‘Ghost Offering Festival’ tersebut dan sumbangan 72 bungkusan makanan termasuk beras dan yang lain kepada golongan memerlukan.

Beliau kemudianny­a turut mengumum geran berjumlah RM500,000 daripada Jabatan Perdana Menteri untuk kerja membaiki bangunan Tua Pek Kong Marudi yang telah dibina pada 1891.

Hadir sama Pengerusi Majlis Daerah Marudi (MDM) Edward Mendai, Ketua Masyarakat Cina Marudi Penghulu Lau Kah Lian, Pengerusi Tua Pek Kong Marudi Chua Sing Yong dan pengerusi penganjur ‘Ghost Offering Festival’ Huong Ah New.

Majlis sembahyang rebut itu bermula pada jam 11.30 malam telah menarik ramai pendaki rumah panggang tersebut yang telah tersedia sejak jam 10.30 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia