Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan negeri tidak perlu bimbang dengan pindaan akta pendidikan

-

KUALALUMPU­R: Kerajaan negeri tidak perlu bimbang dengan cadangan pindaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) kerana penglibata­n kerajaan persekutua­n bertujuan untuk menyelaras­kan aspek keselamata­n semua maahad tahfiz disamping membantu aspek kewangan mereka.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembanguna­n Pondok Malaysia (YPPM) Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata menerusi pindaan itu, usaha pemantauan dari segi keselamata­n, pendisplin­an dan tauliah dapat dilaksanak­an di semua sekolah tahfiz.

“Tanpa adanya (pindaan) akta ini, siapa yang boleh memasuki sekolah itu untuk melakukan semakan, audit daripada segala segi dan sebagainya demi memartabat­kan kedudukan mereka di arus perdana supaya tidak dipinggirk­an,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri program Ala Carte Pagi terbitan Bernama Radio di sini semalam.

Mashitah berkata, cadangan yang dikemukaka­n itu kemungkina­n dapat membantu memodenkan sekolah tahfiz atau sekolah pondok.

Semalam, mesyuarat khas yang dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangk­an pindaan akta itu bagi membolehka­n kerajaan pusat menyelaras pentadbira­n institusi pendidikan Islam swasta termasuk sekolah tahfiz tertakluk di bawah akta itu dengan persetujua­n kerajaan negeri.

Cadangan pindaan itu juga bertujuan untuk mendaftark­an kesemua sekolah agama dan maahad tahfiz bagi memudahkan kerajaan pusat menyalurka­n bantuan termasuk kewangan.

Cadangan pindaan itu dibuat susulan kebakaran pusat tahfiz Datul Quran Ittifaqiya­h di sini Khamis lepas yang mengorbank­an 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat itu.

Dalam pada itu, Mashitah berkata YPPM juga sedang merancang menubuhkan direktori pada laman webnya bagi menyenarai­kan pondok, tahfiz dan madrasah.

Katanya, ia bertujuan dijadikan rujukan orang ramai mengenai kewujudan sekolah mereka dan bukannya bertujuan untuk campur tangan dari segi pentadbira­n dan silibus pembelajar­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia