Utusan Borneo (Sarawak)

250 sertai ‘Fun Run Tebingan Masjid 2017’

- Oleh Agnes Tugong

HUJAN lebat tidak merencatka­n penganjura­n program ‘Fun Run Tebingan Masjid 2017’ di Tebingan Masjid Negeri dekat Kuching, barubaru ini.

Seramai 250 peserta daripada pelbagai lapisan usia mengambil bahagian dalam larian ini yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) Kampung Masjid dan PBB Ranting Masjid.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Petra Jaya, Hamzah Brahim hadir melepaskan peserta larian mewakili Menteri Kerja Raya, Dato Seri Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

Menurut pengerusi penganjur, Abang Razak Abang Dol bertemakan ‘Let’s Xplore D’ Tebingan Kampung Masjid’, larian ini melibatkan jarak sejauh 4 kilometer (km).

Larian ini katanya telah menerima penyertaan lebih 500 peserta namun hanya 250 peserta diterima atas faktor keselamata­n dan keselesaan dengan penyertaan teramai dari PBB Ranting Bintangor dan Kampung Kudei iaitu masing- masing 40 peserta.

“Tujuan kita menganjurk­an larian ini ialah untuk memberi peluang kepada peserta meneroka kawasan tebingan dengan harapan dapat menerapkan rasa tanggungja­wab penduduk untuk sama-sama menjaga persekitar­an tebingan daripada sampah sarap dan gejala vandalisme.

“Idea untuk menganjurk­an larian ini tercetus selepas terdirinya jambatan ikonik berwarna kuning yang menjadi penghubung dan laluan penduduk dari dua kampung untuk berulangal­ik menjalanka­n urusan harian,” katanya.

Dalam pada itu, penganjur berhasrat untuk memasukkan program larian ini dalam kalendar tahunan JKKK Kampung Masjid sempena sambutan Hari Malaysia tahun depan.

Pada program itu, Hamzah bersama beberapa pemimpin masyarakat turut melakukan simbolik menanam pokok di sepanjang tebingan Masjid.

Program itu baru-baru ini, turut dimeriahka­n lagi dengan aktiviti zumba dan cabutan bertuah serta penyampaia­n cenderahat­i kepada wakil agensi dan sukarelawa­n yang menjayakan larian ini.

Turut hadir, Ketua Pemuda Satok Iskandar Sharkawi, Naib Ketua PBB Satok merangkap pegawai khas kepada Menteri Kerja Raya Basri Bolhassan dan Ketua Kampung Masjid Iskandar Landau.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGANJUR: Hamzah ( lima kiri) bersalam dengan Helmi sambil disaksikan Abdul Razak (empat kiri), Rosli (empat kanan), Basri (enam kanan).
PENGANJUR: Hamzah ( lima kiri) bersalam dengan Helmi sambil disaksikan Abdul Razak (empat kiri), Rosli (empat kanan), Basri (enam kanan).
 ??  ?? HUJAN BUKAN HALANGAN: Peserta bersedia untuk memulakan larian meskipun dalam keadaan hujan.
HUJAN BUKAN HALANGAN: Peserta bersedia untuk memulakan larian meskipun dalam keadaan hujan.
 ??  ?? BERTUAH: Hamzah menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan bertuah.
BERTUAH: Hamzah menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia