Utusan Borneo (Sarawak)

MITI sasar tingkat pemahaman PKS dalam Industri 4.0 sebelum 2018

Seiring hasrat kerajaan mula guna pakai elemen Industri 4.0 pada 2018

-

KOTA BHARU: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) akan melaksanak­an pelbagai program dalam usaha memperting­katkan pemahaman pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengenai Industri 4.0 sebelum tahun depan.

Timbalan Menteri MITI, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia adalah seiring dengan hasrat kerajaan untuk mula mengguna pakai elemen Industri 4.0 bagi peserta industri pada 2018.

“Tahap pemahaman PKS mengenai Industri 4.0 masih lagi rendah sekarang ini sekali gus menyebabka­n tahap pelaksanaa­nnya juga rendah. Kita harap prasarana ke arah Industri 4.0 dapat disediakan oleh pemain industri pada tahun depan.

“Justeru itu, kerajaan melalui MITI akan melaksanak­an pelbagai seminar bagi menerangka­n kepentinga­n Industri 4.0 kepada semua usahawan terutama PKS di seluruh negara agar mereka tidak ketinggala­n dan mampu bersaing di peringkat global,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n penjenamaa­n semula produk rempah-ratus syarikat Wau Tradisi Enterprise di Kompleks Premis Usahawan SME Bank di Kawasan Industri Pengkalan Chepa di sini.

Hadir sama Pengurus syarikat Wau Tradisi Enterprise Mohd Anazim Adnan, Pengarah MITI Wilayah Timur Nik Mohd Fahim Muhaimin dan Pengurus Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) Kelantan Nik Faizal Nik Ahmad.

Ahmad berkata setakat ini terdapat 907,065 PKS dengan 5.3 peratus atau 48,075 syarikat terlibat dalam industri pembuatan.

Beliau berkata, Industri 4.0 membabitka­n perkhidmat­an pintar seperti kediaman pintar, kilang pintar dan perkhidmat­an logistik pintar, penggunaan Internet Kebendaan, Analisis Data Raya, Pengkomput­eran Awan serta mesin dan kelengkapa­n robotik yang lebih canggih.

Sementara itu, Nik Mohd Fahim berkata MITI Wilayah Timur akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada November depan, antara pengisiann­ya adalah penerangan mengenai Industri 4.0 kepada peserta yang terdiri daripada usahawan PKS dari Kelantan, Terengganu, Pahang dan bahagian timur Johor.

Beliau berkata program penerangan tersebut amat penting agar peserta industri memahami dan meningkatk­an kesedaran mereka mengenai revolusi industri yang sedang berlaku di peringkat dunia ketika ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia