Utusan Borneo (Sarawak)

Diplomat tertinggi AS, Iran bincang perjanjian nuklear

-

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU (PBB): Diplomat tertinggi Washington and Tehran bersemuka dengan satu sama lain buat pertama kali kelmarin manakala utusan berusaha untuk menyelamat­kan perjanjian nuklear Iran daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang curiga.

Setiausaha Negara AS Rex Tillerson dan Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif bertemu sebagai pihak-pihak yang menandatan­gani perjanjian 2015 itu pada satu acara yang dihoskan oleh Kesatuan Eropah (EU) di sisi Perhimpuna­n Agung PBB.

Menteri-menteri Eropah mengadakan pertemuan itu untuk meneliti cara menyelamat­kan perjanjian dijangka akan dibatalkan oleh Trump, tetapi jurang di antara Tehran dengan Washington masih jauh.

Ketua dasar luar EU Federica Mogherini memberi gambaran yang paling positif mengenai pertemuan itu, dan menegaskan Iran dan kuasa besar bersetuju perjanjian itu “memenuhi matlamat”.

Namun Tillerson berkata perbincang­an itu bersifat politik dan walaupun Iran mematuhi perjanjian secara teknikal, “perbezaan signifikan” masih wujud.

“Ia bukan perbincang­an teknikal, ia adalah perbincang­an politik mengenai aspek politik,” kata Tillerson.

“Kami mengadakan perbincang­an yang sangat terbuka dan jujur di antara semua pihak dalam perjanjian itu,” ujarnya, dan menggambar­kan pertemuan itu sebagai “berguna” tetapi tidak konklusif.

Sebuah kumpulan yang terdiri daripada Britain, China, Perancis, Jerman, Rusia dan AS menandatan­gani perjan- jian dengan Iran pada 2015 untuk menghentik­an program Tehran yang didakwa mahu membuat bom nuklear.

Tehran bersetuju untuk menyerahka­n kebanyakan uraniumnya yang sudah diperkayak­an dan meletakkan tapak nuklearnya di bawah pemeriksaa­n PBB sebagai balasan menarik balik kebanyakan sekatan oleh AS dan Eropah.

Pentadbira­n lama AS bersetuju perjanjian itu hanya berkaitan isu nuklear, dan memuji perjanjian tersebut sebagai kemenangan bagi agenda Barack Obama.

Namun Trump mengecam perjanjian itu sebagai “memalukan” AS dan menuduh Iran melanggar “semangat” perjanjian dengan menyediaka­n senjata untuk kumpulan militan dan menggugat kestabilan rantau.

Beliau khususnya membantah “klausa senja” yang akan melihat Iran menyambung pengayaan dari tahun 2025.

Tillerson berkata pendahulua­n kepada perjanjian itu membayangk­an ia akan membawa kepada wilayah Timur Tengah yang lebih stabil dan berkata Iran masih menjadi punca bagi keadaan yang tidak stabil.

“Kita dukacita kerana sejak perjanjian itu disahkan, kita tidak melihat rantau yang lebih stabil dan aman, dan ini adalah isu sebenar,” katanya kepada pemberita.

“Itulah sebabnya kenapa kita bercakap mengenai kegagalan Iran berhubung jangkaan ini, kerana jangkaan tersebut belum lagi ditepati.”

Tillerson berkata Iran masih menopang rejim “buruk” Bashar al-Assad di Syria, melancarka­n ujian misil yang dilarang, dan mengganggu perkapalan di Teluk.

Diplomat Eropah, walaupun mempunyai kebimbanga­n yang sama, semakin jengkel dengan hujah ini – dan menegaskan perjanjian itu direka semata-mata untuk menghalang Iran daripada mendapatka­n bom berkenaan.

“Beberapa bahagian dalam perjanjian itu tidak perlu dibincang lagi kerana perjanjian itu mengenai program nuklear dan oleh yang demikian memenuhi matlamat,” kata Mogherini.

Ketua diplomat Eropah itu, yang mempengeru­sikan mesyuarat, berkata ia tidak bijak untuk membuka semula perjanjian itu pada waktu dunia sedang berdepan dengan ancaman nuklear dari Korea Utara.

“Kita sudah pun mempunyai satu krisis nuklear yang berpotensi. Kita sudah tentulah tidak memerlukan satu lagi,” katanya.

Simpati bagi pendirian AS disuarakan oleh Perancis, apabila Presiden Emmanuel Macron berkata perjanjian itu mungkin akan diperluask­an untuk mengharamk­an ujian misil dan mengeluark­an klausa senja.

Namun beliau juga tidak mahu perjanjian teras dibuang dan Pelan Tindakan Komprehens­if Bersama yang dilaksanak­an oleh pihakpihak yang menandatan­gani perjanjian itu pada tahun lepas mesti dikekalkan.

“Kita memerlukan perjanjian 2015,” kata Macron.

“Adakah perjanjian ini mencukupi? Tidak, mengambil kira tekanan yang semakin meningkat dikenakan oleh Iran di rantau ini.”

Bagaimanap­un Iran menolak cadangan untuk membincang­kan semula perjanjian itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia