Utusan Borneo (Sarawak)

Trak bawa bantuan untuk Rohingya terbabas, 9 maut

-

COX’S BAZAR: Sebuah trak Palang Merah yang membawa bantuan untuk pelarian Muslim Rohingya terbabas di Bangladesh semalam dan mengorbank­an sekurangku­rangnya sembilan orang.

Pemandu tidak dapat mengawal trak tersebut, yang terjatuh ke dalam longkang dekat bandar sempadan Cox’s Bazar di mana lebih 420,000 orang Rohingya berada selepas mereka lari dari keganasan di Myanmar, kata polis.

Sekurang- kurangnya 10 orang cedera. Kebanyakan mangsa adalah pekerja buruh yang sepatutnya mengagihka­n bantuan berkenaan.

Trak terbabit membawa makanan dan bekalan lain kepada orang Muslim Rohingya yang terperangk­ap dalam kawasan tanah tak bertuan antara Myanmar dan Bangladesh dalam daerah Nykhongchh­ari di sempadan, kata pegawai Palang Merah.

“Sembilan orang maut termasuk enam di tempat kejadian dan tiga di hospital,” kata Yasir Arafat, timbalan ketua polis daerah sempadan Bandarban, kepada wartawan AFP.

Mozaharul Huq, setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah Bangladesh, memberitah­u AFP trak itu membawa beras, air minuman, gula dan makanan lain.

“Persatuan Bulan Sabit Merah tempatan dan Jawatankua­sa Palang Merah Antarabang­sa menyewa trak itu. Ia membawa makanan kepada pelarian Rohingya di sempadan, termasuk mereka yang terkandas dalam kawasan tanah tak bertuan,” katanya.

Agensi bantuan melancarka­n operasi bantuan besar-besaran di sekitar Cox’s Bazar, tetapi mereka berkata mereka terkejut dengan skop kemasukan orang yang begitu ramai dari Myanmar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia