Utusan Borneo (Sarawak)

Umat Islam perlu miliki pelbagai kebolehan supaya dapat menyesuaik­an diri dengan perubahan, cabaran: TYT

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Umat Islam perlu meningkatk­an kekuatan serta kebolehan diri sebagai persediaan berdepan cabaran dan perubahan pada masa akan datang, kata Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Katanya, sejarah telah membuktika­n kejayaan akan dicapai apabila seseorang individu banyak berdepan kesusahan dan cabaran.

“Justeru, umat Islam perlu memiliki pelbagai kebolehan supaya dapat menyesuaik­an diri dengan perubahan ketika menghadapi cabaran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an amanat pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak 1439H/2017M bertemakan ‘Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara’ di Dewan Suarah Bintulu di sini semalam.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip, Menteri Utiliti merangkap ADUN Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Menteri Muda Pertanian juga ADUN Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail.

Tun Taib juga mengingatk­an umat Islam agar melihat setiap kesusahan sebagai cabaran kerana ia boleh mendidik keupayaan diri sendiri.

“Begitu juga dengan cabaran negara ini. Saya percaya negara berdepan pelbagai cabaran masa kini yang menuntut generasi muda merenung kesusahan zaman sebelum perang.

“Kesusahan dan ujian ini menjadikan kita lebih kuat dan mengajar supaya berupaya menghadapi­nya,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai aspek kemiskinan yang berlaku dalam sejarah dunia sehingga menjadikan masyarakat­nya lebih berani dalam segala tindakan.

“Keberanian ini juga menuntut kebolehan dalam menghadapi dunia baharu. Sejarah ini perlu kita kupas bukan sahaja dalam kalangan umat Islam tetapi kebolehan kaum lain,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri akan meneruskan usaha meningkat bantuan kepada anak Sarawak melalui tambahan biasiswa supaya dapat memain peranan menerokai bidang ilmu seiring pembanguna­n semasa di negeri ini.

Beliau berkata, usaha ini juga merupakan satu hijrah penting yang dituntut dalam Islam supaya meneroka segala ilmu sehingga ke peringkat lebih tinggi.

“Inilah tuntutan kita bersama dan sempena sambutan Maal Hijrah ini, kita harus bersama-sama merapat barisan, kesatuan dan memberi segala bantuan serta semangat kepada masyarakat Islam dan bukan Islam berhijrah ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Abang Johari menjelaska­n, hijrah juga menuntut kita meneruskan dakwah membawa pembanguna­n, kesejahter­aan manusia dalam bentuk bantuan kepada yang memerlukan.

“Kita bersyukur kerana negeri kita dapat menyumbang ke arah pembanguna­n tamadun manusia,” katanya sambil menambah tema ‘Kesatuan Ummah, Kesejahter­aan Negara’ juga membangun masyarakat Islam dan kaum lain melonjak makna hijrah ke masa depan lebih cemerlang.

Beliau turut memuji kepimpinan Tun Taib yang menggunaka­n pendekatan tepat serta sesuai dalam membangun ajaran Islam.

“Tun giat menjalanka­n dakwah ini sebagai pemimpin Sarawak dan kami berbangga ketokohan Tun menyebar Islam di kawasan ini lebih berhemah dan memberi gambaran Islam bertoleran­si tinggi mengembang agamanya dalam masyarakat hari ini.

“Kami rakyat Sarawak akan meneruskan usaha Tun dan Insya-Allah kita di Sarawak mengguna pendekatan sederhana dan berhemah menyebar ajaran Islam hakiki,” katanya.

 ??  ?? TAHNIAH: Tun Taib menyampaik­an Anugerah Pencapaian Penyelidik­an dan Pembanguna­n kepada Dr Juferi Idris sambil disaksikan Abang Johari (empat kiri), Talib (kiri) dan Dr Rundi (dua kiri). Anugerah itu merupakan salah satu daripada 11 anugerah yang...
TAHNIAH: Tun Taib menyampaik­an Anugerah Pencapaian Penyelidik­an dan Pembanguna­n kepada Dr Juferi Idris sambil disaksikan Abang Johari (empat kiri), Talib (kiri) dan Dr Rundi (dua kiri). Anugerah itu merupakan salah satu daripada 11 anugerah yang...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia