Utusan Borneo (Sarawak)

JEREBU: KERAJAAN TERUS PANTAU, MAKLUM PIHAK INDONESIA

-

KUCHING: Kerajaan akan terus memantau dan memaklumka­n kepada pihak Indonesia mengenai kebakaran di Kalimantan untuk diambil tindakan sekiranya jerebu masih berterusan sehingga ke hari ini. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kebakaran akibat cuaca kering di Kalimantan menyumbang kepada sedikit jerebu di Sarawak, khasnya di Kuching dan Sri Aman yang dibawa tiupan angin Barat Daya. “Kita masih memantau keadaan kebakaran di Kalimantan dan memaklumka­n kepada pihak Indonesia untuk mengambil tindakan perlu bagi mengatasi masalah ini sekiranya ia masih berterusan sehingga esok (hari ini). “Apa yang berlaku sekarang ialah angin bertiup dari Barat Daya dan membawa asap kebakaran ke Sarawak sehingga berlaku jerebu, namun ia tidak membimbang­kan,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Ahli Parlimen Santubong itu berkata, kebakaran berlaku kerana cuaca kering di tengah, barat dan timur Kalimantan, manakala udara kering dan sejuk terperangk­ap sehingga menyumbang kepada jerebu.

Katanya, tiupan angin berkenaan dijangka berterusan sehingga penghujung September dan pertukaran arah hanya dijangka berlaku pada minggu pertama dan kedua Oktober.

“Udara kering dan sejuk membawa kekeringan dan tiada taburan hujan berlaku sehingga menyebabka­n kebakaran di Kalimantan dan dengan hala tuju angin ke Sarawak menyebabka­n keadaan dilihat berjerebu di Sarawak.

“Namun, paras jerebu kita masih pada tahap 70 hingga 80 iaitu dikategori­kan sederhana dan tidak membimbang­kan tetapi kita menasihatk­an kepada semua pihak agar memain peranan untuk tidak membuat pembakaran terbuka terutama pada cuaca kering,” katanya walaupun ia secara kecil tetapi boleh mengumpulk­an asap terutama semasa fenomena cuaca kering dan sejuk.

Beliau memberitah­u, dari segi pembekuan permit pembakaran terbuka, ia adalah di bawah Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) negeri tetapi kebiasaan kementeria­n beliau akan berhubung dengan NREB dalam perkara itu.

Jelasnya, NREB boleh memutus untuk membekukan permit atau tidak dan berharap pada musim kering ketika ini, ia tidak dikeluarka­n.

Wan Junaidi menambah setakat ini di Malaysia, hanya Sarawak yang mengalami sedikit jerebu dan tiada negeri di Semenanjun­g yang terjejas.

Sementara itu, menurut laman laporan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak setakat jam 5 petang semalam menyaksika­n dua bahagian iaitu Kuching dan Sri Aman pada IPU Sederhana, iaitu Kuching mencatatka­n IPU 61 sementara Sri Aman IPU 58.

Manakala bahagian lain masing-masing mencatatka­n IPU Baik, iaitu Limbang mencatatka­n IPU 21, ILP Miri (27), Miri (34), Samalaju (44), Bintulu (43), Mukah (49), Kapit (31), Sibu (39), Sarikei (48) dan Samarahan (47).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

 ??  ?? WAN JUNAIDI
WAN JUNAIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia