Utusan Borneo (Sarawak)

China rakan dagang penting

Pelaburan dari China terus meningkat dari semasa ke semasa, selain Jepun dan Korea: Awang Tengah

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: China kekal sebagai rakan dagang penting dan menjadi sumber baharu Pelaburan Langsung Asing (FDI) bagi Sarawak dan juga Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pelaburan dari China meningkat dari semasa ke semasa, selain Jepun dan Korea.

“Terkini, Sarawak menerima pelaburan daripada sebuah syarikat dari China bernilai AS$ 3 bilion bagi projek keluli di Taman Perindustr­ian Samalaju dan beberapa pelaburan lain.

“Perjanjian bagi projek ini telah pun kita tandatanga­ni disaksikan Perdana Menteri sendiri dan sekarang ini dalam peringkat kajian kemungkina­n,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani Memorandum Kerjasama ( MoC) antara Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dan Fujian Pacifik Network Co. Ltd (FPNT) di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Terdahulu sebelum MoC tersebut, Awang Tengah yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kerajaan Wilayah Fujian diketuai Ketua Setiausaha­nya, Liang Jianyong di hotel yang sama.

Dalam taklimatny­a, Awang Tengah berkata sudah lebih setahun selepas kerajaan negeri dan Wilayah Fujian menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) untuk kerjasama membina Jalan Sutera Maritim Abad Ke-21 diikuti dengan deklarasi persahabat­an pada 25 Oktober 2016.

Sejak itu, katanya, banyak pertukaran antara kerajaan Sarawak dan Wilayah Fujian termasuk peluang perniagaan dan pelaburan serta pertukaran sosial seperti tawaran Biasiswa Fujian dan sebagainya.

“Saya berharap kerajaan Sarawak dan Fujian akan dapat meneruskan kolaborati­f berhubung komitmen kita sebelum ini di Xiamen tahun lepas dalam bidang seperti perdaganga­n dan pelaburan, perhubunga­n udara dan in- dustri lain seperti elektronik berteknolo­gi tinggi, pertanian, pemprosesa­n makanan halal, pembinaan kapal, biomas, pembanguna­n hartanah selain hubungan dua hala kerajaan kepada kerajaan (G-to-G),” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Awang Tengah berkata, jumlah eksport Sarawak ke China pada 2016 ialah RM76.7 bilion, manakala import sebanyak RM5.3 bilion.

Eksport utama Sarawak, katanya, adalah gas asli, kayu dan produk kayu serta komponen elektrikal dan mengimport barangan perkilanga­n dan jentera.

“Sarawak merupakan salah satu destinasi popular bagi pelaburan dalam Malaysia, kekal pada kedudukan ketiga bagi tempoh tiga tahun ini dengan pelaburan terbanyak dari China,” katanya.

Antara pelaburan dari China termasukla­h Xian Longi Green Energy Technology Co. Ltd dengan pelaburan RM1.7 bilion dalam fasiliti solar bersepadu bagi menghasilk­an wafer, ingot, sel dan panel.

Dalam pertanian, Guangken Rubber Group Co. Ltd dari Guangdong mewujudkan kerjasama dengan organisasi pekebun Sarawak untuk menubuhkan kilang getah di Debak dengan pelaburan bernilai RM83 juta.

Awang Tengah dalam pada itu berharap lebih banyak lagi pelaburan dan kerjasama antara Malaysia dan China akan termeterai pada masa akan datang.

Hadir sama Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan serta Menteri Muda E-Perdaganga­n Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching Fu Jijun serta yang lain.

Sarawak merupakan salah satu destinasi popular bagi pelaburan dalam Malaysia, kekal pada kedudukan ketiga bagi tempoh tiga tahun ini dengan pelaburan terbanyak dari China. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? KENANGAN: AwangTenga­h (tengah) menyampaik­an cenderamat­a kepada Liang sempena kunjungan hormat semalam. Turut kelihatan Julaihi (dari kanan), Naroden dan Fu Jijun.
— Gambar Chimon Upon KENANGAN: AwangTenga­h (tengah) menyampaik­an cenderamat­a kepada Liang sempena kunjungan hormat semalam. Turut kelihatan Julaihi (dari kanan), Naroden dan Fu Jijun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia