Utusan Borneo (Sarawak)

Keselamata­n penduduk keutamaan SSGP

Sentiasa berkomunik­asi dengan masyarakat luar bandar melalui lawatan, ceramah

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Sabah Sarawak Gas Pipeline (SSGP) komited memastikan keselamata­n penduduk kampung dan sekolah sepanjang kawasan paip dari Tinjar ke Tutoh Apoh di Baram.

Ketua Operasi Sokonganny­a Suffian Sabeli berkata, SSGP sentiasa berhubung dan berkomunik­asi dengan komuniti di luar bandar.

“SSGP akan melakukan terbaik melawat dan membantu apa sahaja wajar kawasan di sepanjang kawasan paip, sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga bulan setiap tahun.

“Setiap lawatan, kita turut membawa agensi penguat kuasa

SSGP akan melakukan terbaik melawat dan membantu apa sahaja wajar kawasan di sepanjang kawasan paip, sekurang“kurangnya sekali dalam tempoh tiga bulan setiap tahun. Suffian Sabeli Ketua Operasi Sokongan SSGP

termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba),” katanya semalam.

Menurut Suffian, lawatan terbaharu ialah ke pedalaman Baram pada 18 hingga 20 September dan pelbagai diadakan sepanjang lawatan tersebut.

Pada hari pertama, rombongan mengadakan ceramah dan demonstras­i keselamata­n kebakaran dapur di Rumah Meran Surang di Lapok.

“Kita turut menyampaik­an pemadam api kepada ketua kampung untuk kegunaan penduduk rumah panjang dan menyelengg­ara enam unit pemadam api yang sudah tamat tempoh,” katanya.

Rombongan hari kedua turut melawat Sekolah Kebangsaan ( SK) Long Kevok dan mengadakan pemeriksaa­n keselamara­n asrama perempuan dan lelaki.

Selain itu ceramah kes- elamatan kebakaran untuk penduduk kampung dan pelajar sekolah serta latihan kecemasan kebakaran untuk menambah pengetahua­n cara menyelamat­kan ciri semasa kebakaran.

Selepas SK Long Kevok, rombongan turut melawat Long Kevok, Long Leng, Long Latei dan terakhir Long Bedian.

“Di Long Bedian PDRM mengadakan ceramah bahaya penggunaan dadah. Kami juga melawat Rumah Johanes Sang di Jambatan Teru dan mengadakan kempen keselamata­n kebakaran,” katanya sam- bil menambah penduduk kampung turut menerima pemadam api.

Lawatan selama tiga hari itu disertai Eksekutif Unit Sokongan Operasi SSGP John Fery Jame, Walter Anyie Tomy dan Victoria Winsome Southwell, diketuai Suffian.

 ??  ?? SAMPAIKAN: Suffian (barisan depan lima kiri) menyampaik­an alat pemadam api kepada Meran Surang sambil diperhatik­an yang lain.
SAMPAIKAN: Suffian (barisan depan lima kiri) menyampaik­an alat pemadam api kepada Meran Surang sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia