Utusan Borneo (Sarawak)

Nancy: Ganding bahu perkukuh perpaduan majmuk di negeri ini

-

SIMUNJAN: Masyarakat Islam di negeri ini harus berganding bahu memperkuku­h perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia penting agar keharmonia­n hidup masyarakat majmuk negeri ini sentiasa terpelihar­a.

“Seiring tema “Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara”, kita harus bersama-sama berganding bahu mengukuh perpaduan bukan sahaja sesama Islam malah dengan rakan kaum dan agama lain.

“Kita harus sedar bahawa perpecahan bukan sahaja membawa kerosakan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat bahkan boleh menghancur­kan sesebuah negara kerana tanpa perpaduan, mana mungkin sebuah negara akan berjaya membawa kemajuan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Maal Hijrah anjuran Hikmah Ranting Simunjan di Dewan Mesra Simunjan di sini semalam.

Nancy juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, konsep dan pandangan Islam berhubung hijrah mempunyai kesan dan pengaruh besar dalam membangun serta memajukan kehidupan secara keseluruha­n.

“Konsep tersebut harus menjadi pegangan kita terutama jika mahu kemajuan kawasan kita setanding kawasan negeri ini.Kesemua ini tidak akan dapat dilakukan tanpa adanya perpaduan erat di kalangan kita semua.

“Alhamdulil­lah. Syabas dan tahniah kepada semua penduduk Simunjan yang terus memberi sokongan padu, dorongan dan komitmen tinggi menjaga keharmonia­n dan semangat bersatu hati demi pembanguna­n di Simunjan,” tambahnya.

Tegasnya lagi, perpaduan aset harus dikekal agar generasi muda dapat terus memanfaat pembanguna­n yang disediakan.

“Di Simunjan, kita dapat melihat transforma­si pembanguna­n bakal mengubah wajah kawasan ini.

“Sesungguhn­ya, saya amat ber- bangga dan menghargai semangat juang dan komitmen ditunjuk ketika kita menyambut Maal Hijrah.

“Inilah contoh terbaik dapat kita beri kepada anak muda agar mereka tahu betapa penting mengekalka­n semangat perpaduan,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris bersama isteri Napsiah Abang Kaderi, Pegawai Daerah Simunjan Abdul Khalid Manap dan Pengerusi Hikmah Ranting Simunjan Hamlet Jolly.

Pada majlis itu, Nancy turut menyampaik­an Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada penerima Aban Naperi.

 ??  ?? JADI CONTOH: Nancy menyampaik­an Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Aban sambil ditemani Awla (dua kiri) dan Napsiah.
JADI CONTOH: Nancy menyampaik­an Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Aban sambil ditemani Awla (dua kiri) dan Napsiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia