Utusan Borneo (Sarawak)

TYT hadiri Majlis Doa Akhir 1438 Hijrah dan Awal Tahun 1439 Hijrah di Bintulu

-

BINTULU: Majlis Doa Akhir 1438 Hijrah dan Awal Tahun 1439 Hijrah diadakan di Masjid As-Syakirin Bahagian Bintulu malam Khamis (21 September) sempena sambutan Maal Hijrah 1439 Hijrah Peringkat Negeri Sarawak.

Majlis itu dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda Pertanian merangkap ADUN Bukit Kota, Dr Abdul Rah- man Ismail serta menteri kabinet negeri lain.

Hadir sama Mufti Negeri Sarawak Datu Kipli Yasin, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Ismail Mohd Hanis, ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutua­n.

Sambutan Maal Hijrah anjuran Majlis Islam Sarawak (MIS), JAIS, Pejabat Residen Bahagian Bintulu serta agensi kerajaan negeri dan persekutua­n bermula pada jam 6.15 petang dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1438 Hijrah diikuti azan Maghrib dan solat fardu Maghrib berjemaah yang diImamkan oleh Imam Besar Masjid Jamek Negeri Sarawak, Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Selepas itu bacaan Doa Awal Tahun 1439 Hijrah, ceramah khas Ma’al Hijrah, azan Isyak dan solat fardu Isyak berjemaah dan zikir marhaban.

Ceramah disampai Profesor Dato’ Zakaria Stapa merupakan Sarjana Tamu Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Profesor Pelawat Pusat Pengajian Teras Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor.

Bidang kepakaran beliau ialah tasawuf, akidah dan pemikiran Islan serta mengendali­kan lebih 50 projek penyelidik­an, menghasilk­an 19 buku karya asli, tiga buku terjemahan, 14 buku suntingan, 56 kertas jurnal dan 101 bab dalam buku/prosiding di samping memberi pelbagai khidmat kepakaran di peringkat serantau, negara dan negeri.

Majlis itu diakhiri dengan jamuan makan malam disertai menteri-menteri kabinet negeri dan dif-dif kenamaan serta isteri atau suami masing-masing.

 ??  ?? APA KHABAR?: Tun Taib bersalaman dengan penduduk Islam setempat selepas berakhir majlis.
APA KHABAR?: Tun Taib bersalaman dengan penduduk Islam setempat selepas berakhir majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia