Utusan Borneo (Sarawak)

PAS Sarawak ajak umat Islam berhijrah ke arah yang lebih baik

-

KUCHING: Parti Islam SeMalaysia (PAS) Sarawak mengajak masyarakat Islam di negeri ini berhijrah ke arah perubahan yang lebih baik sempena sambutan Maal Hijrah.

Pesuruhjay­a PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, Awal Muharam atau Maal Hijrah adalah hari penting bagi umat Islam untuk menandakan peristiwa penting yang terjadi dalam sejarah Islam.

Jelasnya, ia adalah tarikh untuk memperinga­ti penghijrah­an Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masehi.

“Hijrah perlu difahami sebagai berpindah dari keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Pada ketika ini, kita dilanda dengan pelbagai ancaman dan agenda yang bertujuan untuk memusnahka­n akidah umat Islam, terutamany­a di Malaysia.

“Antaranya serangan terhadap pemikiran seperti liberalism­e, pluralisme, sekularism­e dan lain-lain. Adakah kita sensitif atau celik dengan ancaman ini?” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini semalam.

Jofri memberitah­u, bukan sahaja serangan dan ancaman akidah tetapi masalah kehidupan rakyat yang semakin terdesak sehingga membebanka­n kehidupan rakyat seperti masalah kenaikan harga barang harian, GST dan penyalahgu­naan kuasa sehingga rakyat semakin tersepit dengan masalah ini.

“Oleh itu, kita menyeru kepada semua rakyat bahawa kita perlu berubah dan berusaha untuk berpindah dari keadaan buruk kepada keadaan yang lebih baik dengan menukar sistem yang sedia ada secara keseluruha­n dengan sistem Islam yang lebih adil untuk semua.

“Dengan kesempatan pada permulaan Muharam ini, kami menyeru semua rakyat untuk bersedia menghadapi cabaran yang lebih besar, terutamany­a mengubah sikap orang yang sukar untuk menerima perubahan dari yang buruk ke yang lebih baik,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia