Utusan Borneo (Sarawak)

Pos Malaysia, FPNT meterai usaha sama rangsang pertumbuha­n segmen e-Dagang

-

KUCHING: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dan Fujian Pacific Network Co. Ltd (FPNT) semalam menandatan­gani Memorandum Kerjasama (MoC) bagi pelantikan Pos Logistik Berhad (PLB) sebagai penyedia eksklusif khidmat pesan hantar e-Dagang dan pemunggaha­n FPNT di rantau ini.

MoC tersebut ditandatan­gani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Dato Mohd Shukrie Mohd Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif FPNT Wang Chengqing pada satu majlis yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini.

Pemeteraia­n kerjasama tersebut disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merangkap Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan serta Ketua Setiausaha Kerajaan Wilayah CPC Fujian Liang Jianyong.

“Usaha sama Pos Logistik dan FPNT merupakan inisiatif untuk memangkin pertumbuha­n segmen e-Dagang kami, selain merencana salah satu strategi jangka masa panjang kami untuk menjadi penyedia khidmat logistik e-Dagang yang eksklusif serta menyeluruh di rantau Asia Tenggara dan negara-negara luar pada masa terdekat ini.

“Usaha sama ini akan menjadikan Pos Logistik sebagai hab perkhidmat­an antarabang­sa yang akan menyediaka­n perkhidmat­an antaranya termasuk pemunggaha­n, pesan hantar dan penghantar­an kargo,” kata Mohd Shukrie dalam satu kenyataan semalam.

Pos Malaysia dalam pada itu amat teruja untuk memeterai usaha sama strategik tersebut yang akan mengukuhka­n lagi kehadiran Pos Malaysia dalam segmen perkhidmat­an pesan hantar e-Dagang dan pemunggaha­n barangan daripada China.

“Kami di Pos Malaysia amat komited dan bakal menggandak­an usaha untuk menjadi sebuah pusat penyedia khidmat e-Dagang dan logistik yang menyeluruh di pasaran.

“Saya dan seluruh warga kerja Pos Malaysia akan menggemble­ng tenaga untuk memastikan cita-cita serta visi Pos Malaysia untuk menjadi entiti yang akan terus berdaya saing pada masa hadapan tercapai,” tambah Mohd Shukrie.

Dalam pada itu, MoC ini akan menjadi platform bagi Pos Malaysia dan FPNT untuk bertukar-tukar maklumat yang akan memberi kelebihan kepada kedua-dua belah pihak bagi memantapka­n lagi khidmat, produk serta aktivitiny­a secara global.

Turut hadir menyaksika­n MoC itu semalam, Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan serta Menteri Muda E-Perdaganga­n Datuk Mohd Naroden Majais dan Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TERMETERAI: Mohd Shukrie (tiga kanan) bertukar dokumen dengan Wang sebagai tanda kerjasama disaksikan Awang Tengah (empat kanan). Turut kelihatan (dari kanan) Julaihi, Naroden dan Liang (tiga kiri).
— Gambar Chimon Upon TERMETERAI: Mohd Shukrie (tiga kanan) bertukar dokumen dengan Wang sebagai tanda kerjasama disaksikan Awang Tengah (empat kanan). Turut kelihatan (dari kanan) Julaihi, Naroden dan Liang (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia