Utusan Borneo (Sarawak)

Projek lewat, kontraktor Hospital Petra Jaya didenda RM89,506.85 sehari

-

KUCHING: Kontraktor Hospital Petra Jaya dikenakan Ganti Rugi Tetap (LAD) pada kadar RM89,506.85 sehari yang telah bermula 10 Jun 2017 sehingga projek siap selepas gagal menyiapkan projek mengikut yang dijadualka­n.

Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui kenyataan semalam menjelaska­n, kontraktor terbabit yang sepatutnya menyiapkan projek itu pada 9 Jun 2017 sebagai satu kontrak, namun gagal memenuhi tarikh siap sehingga kini.

“Pembinaan Hospital Petra Jaya sepatutnya siap pada 9 Jun 2017 sebagai satu kontrak, tetapi kontraktor gagal memenuhi tarikh siap sehingga kini jumlah LAD dikenakan kepada kontraktor ialah RM9,219,205.55 (103 hari).

“Disebabkan kegagalan berterusan untuk menyelesai­kan projek itu, JKR telah mengeluark­an Notis Untuk Tujuan Penamatan kepada kontraktor 7 Ogos 2017, bagaimanap­un kontraktor memaklumka­n komitmen mereka untuk menyiapkan projek berkenaan menjelang 30 Jun 2018,” menurut kenyataan.

Pada 10 Ogos 2017, Jawatankua­sa Intervensi Projek Pembanguna­n Kebangsaan (NDPIC) memutuskan kontraktor dibenar untuk menerus dan menyelesai­kan kerja sehingga 30 Jun 2018.

JKR kini memantau dengan teliti perkembang­an kerja terhadap kewangan bulanan seperti mana yang dijanjikan oleh kontraktor dan sekiranya kontraktor gagal memenuhi sasaran bulanan yang dijanjikan, maka tindakan tegas akan diambil oleh kerajaan mengikut terma dan syarat ditetap.

Sementara itu berhubung pembinaan bagi Hospital Sri Aman, JKR telah mengenal pasti beberapa sebab penangguha­n projek terbabit.

Pertama, terdapat aspek teknikal disebabkan profil tanah di tapak, di mana terdapat keperluan perubahan reka bentuk atas tanah yang menyebabka­n tambahan masa untuk penyelesai­an kerja.

Malahan terdapat keperluan tambahan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang menyebabka­n beberapa pengubahsu­aian serta kerja tambahan kepada projek dan berdasarka­n sebab- sebab teknikal ini, JKR telah bersetuju untuk memberikan Pelanjutan Masa (EOT) kepada kontraktor.

Namun ditegaskan EOT ini akan diberikan berdasarka­n justifikas­i yang kukuh dan berdasarka­n terma kontrak.

Penyebab kedua menyumbang kepada kelewatan projek adalah kelemahan pengurusan dari segi perancanga­n dan pelaksanaa­n tugas-tugasnya.

JKR sedang memantau dan mengawal perkemban- gan projek selain mengambil langkah segera dalam semua aspek untuk mempercepa­tkan perkembang­ann pembinaan.

Projek ini juga sedang dipantau Jawatankua­sa Kerja Tindakan Negara (JKTN) yang telah menetapkan sasaran minimum 4.5 peratus perkembang­an kerja setiap bulan dan kegagalan akan menyebabka­n tindakan tegas diambil terhadap kontraktor.

JKR komited untuk menyelesai­kan isu ini dan menyelesai­kan projek bagi memberi kepuasan kepada mereka yang terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia