Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar produk dalam talian tingkat hasil usahawan muda

-

SRI AMAN: Usahawan muda di daerah ini digesa memasarkan produk secara dalam talian bagi memperluas lagi rangkaian perniagaan masing-masing.

Penyelia Kanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman, Fatimah Tahir berkata, ini merupakan salah satu cara bagi usahawan muda baharu mencebur diri dalam bidang keusahawan­an ialah memasarkan hasil mereka.

“Kita percaya dengan memasarkan produk melalui dalam talian ia merupakan salah satu cara memperluas promosi produk mereka kepada masyarakat luar selain kepada penduduk di kawasan Sri Aman ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menutup rasmi Kursus Kemahiran Quickwin Pemanis Mulut dan Makanan Ringan anjuran Jabatan KEMAS Bahagian Sri Aman bertempat di Kompleks Tabika KOMTA semalam.

Fatimah menambah, ramai usahawan usahawan muda di Sri Aman ini sudah menunjukka­n minat mereka berniaga secara dalam talian dan ini merupakan satu petanda baik bahawa dengan berniaga secara dalam talian mampu menambahka­n pendapatan mereka.

Beliau menambah, dengan duduk sahaja dan berniaga di rumah mereka mampu untuk menjana pendapatan sampingan dengan berniaga produk hasil tangan mereka sendiri.

“Sebagai contoh, berniaga membuat kerepok atau berniaga kuih-muih dan sebagainya, mereka boleh mengambil tempahan menerusi dalam talian dan seterusnya menghantar ke rumah pelanggan mereka.

“Di kawasan Sri Aman ini sendiri, berniaga dalam talian seperti ini amat terkenal dan usahawan muda kita mampu meraih pendapatan lumayan. Ini yang kita mahu kerana mampu meningkatk­an pendapatan ekonomi keluarga,” katanya lagi.

Justeru, beliau menggesa agar anak mmuda di sini mengambil segala peluang dengan menyertai pelbagai kursus anjuran agensi kerajaan bagi membantu meningkata­n pendapatan mereka.

Hadir sama pada majlis penutupan kursus berkenaan dua Pembantu Pembanguna­n Masyarakat, KEMAS Bahagian Sri Aman, Kelvin Lambai dan Rosani Ham serta kakitangan KEMAS yang lain.

Kursus Kemahiran Quickwin Pemanis Mulut dan Makanan Ringan yang berlangsun­g tiga hari dan berakhir pagi tadi telah disertai seramai 15 orang usahawan muda dan bakal usahawan di Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia