Utusan Borneo (Sarawak)

Sesi ujibakat BTA di Boulevard Miri esok

-

MIRI: Penduduk Miri diajak menyertai sesi ujibakat pertanding­an Borneo Talent Awards (BTA) 2017 di pusat beli-belah Boulevard pada hari Ahad ini (24 September).

Jurucakap, Caroline Jelian berkata, mereka yang memiliki bakat terpendam yang ingin ditonjolka­n kepada orang ramai dialualuka­n hadir mencuba nasib.

“Kita sekarang membuka penyertaan penduduk Miri. Pendaftara­n diterima pada hari Ahad sehingga jam 5 petang,” katanya.

Program yang sama turut diadakan di pusat belibelah Suria Kota Kinabalu Sabah pada 17 September dan diteruskan ke Boulevard Kuching pada 7 Oktober, pasaraya Farley Bintulu pada 14 Oktober dan pasaraya Farley Sibu pada 15 Oktober.

Caroline memberitah­u, pertanding­an separuh akhir akan diadakan pada 24 November dan final diadakan pada 25 November masing-masing di Dewan Suarah Sibu.

BTA dianjurkan oleh Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) terbuka kepada penduduk tempatan dan warga asing dari pelbagai peringkat umur.

Penyertaan dibenarkan secara individu dan berpasukan terdiri daripada dua individu.

Bakat ditampil boleh terdiri dari nyanyian, tarian, alat muzik, persembaha­n magik, mimik, pantomin, akrobatik dan lain lain.

Kriteria penghakima­n berdasarka­n kreativiti, kemahiran artistik, persembaha­n, koreografi dan keunikan.

Hadiah RM5,000 menanti pemenang Anugerah Bintang Bakat Tahun Ini.

Anugerah lain ialah Anugerah Bakat Paling Popular dengan hadiah RM1000, Anugerah Bakat Paling Menghiburk­an dengan hadiah RM1000, Anugerah Bakat Paling Kreatif dengan hadiah RM1,000 berserta trofi.

Penganjur turut menawarkan tujuh anugerah istimewa masing-masing dengan hadiah RM500.

Pemenang sebelum ini juga dibenarkan bertanding. Para pemenang Anugerah Bintang Bakat juga dipelawa bertanding untuk Anugerah Bakat Super Star dengan hadiah RM8000.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubung­i Caroline di talian 0198359512.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia