Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n sokong perhebat acara terjun untuk promosi Sibu

-

SIBU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan menyokong sebarang rancangan untuk membawa Sibu BASE Jump ke tahap lebih tinggi bagi mempromosi Sibu sebagai bandar sungai dengan lebih baik.

Menteri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata acara Sibu BASE Jump semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk tempatan termasuk penduduk luar Sibu.

Ujarnya, beliau sentiasa menyokong penganjura­n sebarang jenis sukan di bawah kementeria­nnya termasuk sukan ekstrem seperti BASE Jump.

“Jika Sibu mempunyai perancanga­n membawa BASE Jump ke tahap lebih tinggi, sudah tentu kementeria­n akan menyokong terutama jika ia menjana pelanconga­n dan mempromosi Sibu,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada Kementeria­nnya akan mempromosi­kan sukan ekstrem seperti Sibu BASE Jump.

Sementara itu, Residen Sibu Hii Chang Kee berkata Sibu BASE Jump sudah dimasuk ke dalam kalendar Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB).

Untuk rekod, sejumlah 84 pelumba BASE akan mengambil bahagian dalam edisi kesembilan melompat BASE Sibu Antarabang­sa mulai kelmarin hingga Ahad (24 Sept).

Sebanyak 86 peserta merupakan warga asing yang disertai lapan penerjun wanita manakala empat lagi rakyat Malaysia.

Mereka terdiri daripada penerjun negara Australia, Belgium, Brazil, Kanada, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Belanda, New Zealand, Portugal, Rusia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Hii berkata penerjun Sibu BASE Jump ini juga dijadual untuk melawat Rumah Michael Jalak di Bawan, Kanowit pada 24 September ini.

 ??  ?? PAKAR: Salah seorang penerjun BASE Jump melakukan pendaratan selepas terjun dari bumbung Wisma Sanyan.
PAKAR: Salah seorang penerjun BASE Jump melakukan pendaratan selepas terjun dari bumbung Wisma Sanyan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia