Utusan Borneo (Sarawak)

Aktiviti jualan produk bakeri, pastri KV bentuk semangat keusahawan­an

-

SIBU: Jabatan Hospitalit­i dan Unit Bakeri dan Pastri Kolej Vokasional (KV) Sibu menganjurk­an aktiviti jualan produk bakeri dan pastri baru-baru ini.

Aktiviti tersebut merupakan salah satu projek pelajar dalam memenuhi modul ditetap Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Aktiviti ydisertai enam kumpulan pelajar itu telah menghasilk­an jenama dan produk sendiri.

Antaranya ialah kumpulan Delicious Bakery dengan produknya ialah Hawaii Mini Pizza, kumpulan Sarawak Bakery dengan produknya Wantan Ayam, kumpulan Naz Bakery dengan produknya Cupcake Pandan Gula, kumpulan Masam Manis Bakery dengan produknya Nutella Bun, kumpulan Carpe Diem dengan produknya Green Tea Swiss Roll With Cheese Filling dan kumpulan My Neighbour Bakery dengan Crepe Coklat.

Jualan tersebut berlangsun­g sebelah pagi bermula jam 8 pagi hingga 1 petang serta dirasmikan oleh Pengarah KV Sibu Musthafa Sepawi.

Dalam ucapannya, Musthafa berkata, aktiviti ini adalah untuk membentuk semangat keusahawan­an dalam diri pelajar untuk bersaing di pasaran luar.

Beliau turut menyatakan bahawa hasrat Kementeria­n Pendidikan Malaysia adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan melalui Transforma­si Pendidikan Vokasional.

Sehubungan itu, pensyarah penyelaras aktiviti tersebut Muhammad Saufie Abdul Rashid berkata, produk dan jenama yang dihasil merupakan idea dan kreativiti pelajar Tahun 1 Diploma Bakeri dan Pastri.

Menurutnya, kejayaan pelajar dalam menghasil- kan produk dan jenama sendiri mampu membuka mata masyarakat luar bahawa belajar di KV dapat melahirkan usahawan yang boleh berdikari di dunia realiti.

Justeru, jelasnya, warga Unit Bakeri dan Pastri mengharapk­an lebih ramai pelajar lepasan tingkatan tiga menyambung pengajian ke KV Sibu.

Sementara itu, Carpe Diem telah memenangi produk terbaik dan Naz Bakery memenangi kategori pembungkus­an terbaik. Manakala Delicious Bakery muncul juara dalam penilaian gerai terbaik.

Semua pemenang telah menerima plak dan sijil penghargaa­n.

 ??  ?? TERBAIK: Kumpulan Carpe Diem menunjukka­n hasil produk mereka iaitu Green Tea Swiss Roll With Cheese Filling yang memenangi produk terbaik.
TERBAIK: Kumpulan Carpe Diem menunjukka­n hasil produk mereka iaitu Green Tea Swiss Roll With Cheese Filling yang memenangi produk terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia