Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif pulihara Projek BEACON

150kg puing marin dibuang dari Taman Negara Similajau, Patricia Reef

-

BINTULU: Lebih 150 kilogram puing marin seperti pelampung, jaring dan tali sauh dibuang dari Taman Negara Similajau dan Patricia Reef Complex oleh 21 penyelam sukarela barubaru ini.

Penyelam dari Malaysia Malaysia LNG ( MLNG), Sarawak Forestry Corporatio­n ( SFC), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) dan Polis Marin.

Pasukan itu menjalanka­n kegiatan membersih terumbu dalam laut dan memantau bebola terumbu dalam Program Pembersiha­n Pantai dan Terumbu Projek BEACON selama dua hari di perairan Taman Negara tersebut pada 7 dan 8 September lalu.

Program sama pada tahun lalu, lebih 100 kilogram puing marin terdiri daripada pukat tunda dan bahan buangan lain turut dibuang dari Patricia Reef Complex dan Taman Negara Similajau.

Program tahunan itu merupakan komponen inisiatif pemulihara­an terumbu karang bernilai RM10 juta dikenali sebagai Projek BEACON di Taman Negara Similajau, Bintulu yang dijalan bersama MLNG dan SFC.

Dilancar pada 2013, projek BEACON bertujuan melindungi, memulihara, menjana semula dan meningkat lagi biodiversi­ti marin terutama terumbu karang menerusi penggunaan bebola karang di perairan Taman Negara Similajau.

Antara pencapaian penting projek itu setakat ini ialah penggunaan kira-kira 1,400 unit bebola karang tiruan di perairan tersebut, penyiapan pusat tafsiran kajian marin dan pelawat bernilai RM2 juta di taman tersebut kepulangan penyu ke pantai Similajau selepas tujuh tahun dan 387 anak penyu dilepaskan ke laut.

Bagi terumbu karang, SFC berkata, karang baharu sudah membesar sehingga 12 inci panjang atas bebola karang dalam tempoh dua tahun selepas dibangunka­n.

Terumbu karang menyediaka­n tempat tinggal dan tapak pembiakan bagi banyak spesies ikan seperti jerung, kerapu, barakuda dan lumbalumba.

 ??  ?? PERIKSA: Penyelam sukarela memeriksa perkembang­an terumbu karang pada bebola yang ditempatka­n di Patricia Reef Complex, Bintulu.
PERIKSA: Penyelam sukarela memeriksa perkembang­an terumbu karang pada bebola yang ditempatka­n di Patricia Reef Complex, Bintulu.
 ??  ?? KENANGAN: Mabong (duduk tengah) merakamkan gambar dengan ahli jawatankua­sa yang akan menjayakan majlis makan malam dan penyampaia­n sijil ASADIA, November depan.
KENANGAN: Mabong (duduk tengah) merakamkan gambar dengan ahli jawatankua­sa yang akan menjayakan majlis makan malam dan penyampaia­n sijil ASADIA, November depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia