Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis perjumpaan semula pelajar PPKS Mukah dapat sambutan

-

SIBU: Sempena Hari Malaysia pada 16 September lalu, satu majlis perjumpaan semula Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) Mukah diadakan di Pantai Kala Dana.

Majlis bermula jam 2 petang tersebut bertujuan menghimpun bekas pelajar PPKS Mukah dari tahun 2012 sehinggala­h sekarang.

Menurut pengerusi pengelola majlis, Badronniza­m Rosman, Pantai Kala Dana dipilih memandangk­an ia merupakan antara lokasi utama pelbagai aktiviti utama di Mukah.

“Selain itu, majlis ‘reunion’ ini diharap dapat mengembali­kan nostalgia lama kepada bekas pelajar yang berasal dari luar Mukah,” ujarnya.

Badronniza­m yang merupakan bekas pelajar kumpulan pertama kursus Elektrik PPKS Mukah berkata, melalui perjumpaan itu, mereka dapat berkongsi maklumat berhubung peluang kerjaya terdapat di organisasi masing- masing kepada rakan lain.

Pada masa sama katanya, majlis juga bagi merapatkan lagi silaturahi­m sesama warga kerja dan pelajar.

“Selain majlis itu, kita merancang menganjurk­an pelbagai aktiviti lain seperti majlis berbuka puasa, aktiviti kemasyarak­atan, gotong-royong, sukan dan sebagainya pada masa-masa yang akan datang,” jelasnya.

Ramai antara bekas pelajar PPKS Mukah kini bekerja di sektor awam mahupun swasta di Mukah, Bintulu, Miri, Kuching serta di Semenanjun­g Malaysia.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah bekas warga kerja PPKS Mukah yang diketuai oleh Zainal Abiddin Ahmad.

 ??  ?? KENANGAN: Badronniza­m (duduk kanan) bersama bekas-bekas pelajar PPKS Mukah yang hadir pada majlis ‘reunion’ tersebut. Turut kelihatan ialah Zainal (berdiri empat kanan).
KENANGAN: Badronniza­m (duduk kanan) bersama bekas-bekas pelajar PPKS Mukah yang hadir pada majlis ‘reunion’ tersebut. Turut kelihatan ialah Zainal (berdiri empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia