Utusan Borneo (Sarawak)

ASADIA terus pelihara seni warisan Dayak meskipun berdepan cabaran

-

KUCHING: Akademi Persatuan Dayak Iban Sarawak (ASADIA) akan meneruskan usaha memelihara dan memartabat­kan seni warisan budaya Dayak meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Ketua ASADIA Mabong Unggang berkata, sejak ditubuhkan pada hujung 2013, akademi melatih kira-kira 850 peserta melibatkan pelbagai kelas kebudayaan.

Antaranya, kelas kebudayaan melibatkan seni Iban seperti ngajat, ‘ kuntau,’ ‘betaboh,’ ‘gendang pampat’ termasuk tarian Bidayuh dan Orang Ulu serta muzik sape.

“Dalam tempoh empat tahun ini, akademi telah melatih ramai peserta sehingga mahir dalam pelbagai kelas kebudayaan melibatkan seni Iban, Bidayuh dan juga Orang Ulu.

“Malah, pada bulan Ogos lepas, seorang anak didik ASADIA iaitu Howard Deri telah mewakili Malaysia untuk persembaha­n sape pada Festival Seni Bangkok.

“Selain itu, ada juga di kalangan peserta ASADIA yang dijemput untuk membuat persembaha­n pada majlismajl­is keramaian dan acaraacara korporat termasuk di luar negara,” katanya.

Sementara itu, bermula dengan hanya satu kelas di Ibu Pejabat SADIA di Kota Sentosa, akademi dalam tempoh empat tahun ini telah berjaya membuka cawanganny­a di Landeh dan Eastern Mall, Siburan.

Pada hujung tahun ini pula, katanya, akademi juga akan membuka kelas kebudayaan di rumah panjang bermula dengan Rumah British di Raeh dan seterusnya di Bukit Simuja.

Tahun ini, katanya, ASADIA akan meraikan ulang tahun akademinya yang keempat dengan mengadakan majlis makan malam serta penyampaia­n sijil tamat kelas kebudayaan kepada para pesertanya.

Majlis ‘ dua dalam satu’ itu akan diadakan pada 25 November 2017 bertempat di Christian Ecumenical Worship Centre di sini dan dijangka dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jospeh Entulu Belaun.

Selain penyampaia­n sijil, majlis pada malam itu nanti bakal diserikan lagi dengan pertunjuka­n kebudayaan oleh peserta ASADIA sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia