Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat rugi jika tidak belajar ilmu digital

Sains dan teknologi nadi utama dalam kehidupan moden, menyumbang kemakmuran

- Oleh Rusnan Mustafa

Rakyat akan rugi jika tidak mengemas kini pengetahua­n kerana revolusi teknologi bergerak pantas sehingga mencetus cabaran baharu melangkau fikiran kita.

SIMUNJAN: Penggunaan aplikasi teknologi tinggi dalam kalangan masyarakat hari ini membuktika­n berlaku transforma­si landskap dunia digital.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sains dan teknologi kini menjadi nadi utama dalam kehidupan moden juga menyumbang kemakmuran ekonomi.

Justeru, beliau menggesa rakyat mendalami ilmu sains dan teknologi demi meningkat taraf hidup dan sosioekono­mi masing-masing selari matlamat kerajaan negeri ke arah ekonomi digital.

“Rakyat akan rugi jika tidak mengemas kini pengetahua­n kerana revolusi teknologi bergerak pantas sehingga mencetus cabaran baharu melangkau fikiran kita.

“Justeru, generasi muda hari ini juga harus bergerak pantas dalam apa jua aspek kehidupan agar dapat menangani cabaran dunia era globalisas­i hari ini,” katanya.

Nancy berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program

Datuk Seri Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Akademik Teknik Menjawab Soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) di Sekolah Menengah Kebangsaan Simunjan No1 di sini kelmarin.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu memberitah­u program diadakan selama tiga hari ini amat tepat keperluan masa kini.

“Kita mahu melahirkan modal insan yang berkeyakin­an tinggi dalam menghadapi apa jua cabaran mendatang.

“M a l a h , P r o g r a m Akademik Teknik Menjawab Soalan SPM memberi peluang kepada pelajar untuk membuka minda mereka dalam menjawab soalan SPM mungkin tidak dipelajari dalam mata pelajaran di sekolah,” tambahnya.

Nancy berharap peserta memanfaatk­an ilmu telah dipelajari supaya dapat menjawab ujian SPM dengan mudah.

“Kejayaan dalam SPM akan menjadi landasan menjamin masa depan anak seka- li gus mencipta lebih banyak lagi kejayaan pada masa hadapan,” ujarnya.

Mengenai pembanguna­n infrastruk­tur sekolah luar bandar, Nancy berkata, tahun ini jumlah sekolah masih dikategori sebagai sekolah layak menerima elaun pedalaman berkuranga­n kepada 13 sekolah berbanding 27 sekolah tahun lalu.

Jelasnya, sekolah di daerah Simunjan kini sudah mulai mempunyai kemudahan seperti elektrik, bekalan air mahupun jalan raya, telekomuni­kasi.

Menurutnya lagi, pada bulan lalu sahaja, sebanyak RM300,000 telah dibelanjak­an di bawah projek mesra rakyat (PMR) menaik taraf kemudahan prasarana sekolah di kawasan tersebut.

Hadir sama Timbalan Presiden SDGA Neolle Lily Moorse, Pengetua SMK Simunjan No1 Khalic Abdul Hamid dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? SEMOGA BERJAYA: Nancy (tengah) merakam kenangan bersama peserta dan jawatankua­sa penganjur.
SEMOGA BERJAYA: Nancy (tengah) merakam kenangan bersama peserta dan jawatankua­sa penganjur.
 ??  ?? IKHLAS: Pengerusi PEDAS Bintulu Pete Bujang (kanan) serta ahlinya bersama Lydiana pada penyampaia­n sumbangan baru-baru ini.
IKHLAS: Pengerusi PEDAS Bintulu Pete Bujang (kanan) serta ahlinya bersama Lydiana pada penyampaia­n sumbangan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia