Utusan Borneo (Sarawak)

Pembeli rumah harus bijak pilih pakej terbaik: AKPK

-

KUCHING: Rakyat terutama pembeli rumah harus bijak memilih pakej terbaik sebelum membuat pinjaman perumahan.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Sarawak menerusi kenyataan akhbar berkata, pembeli rumah perlu memilih dan mengenal pasti pakej pinjaman perumahan yang sesuai dan anjal bagi mengelak daripada terbeban.

“Selepas mengetahui kemampuan dalam menggunaka­n kewangan, sekarang anda perlu membuat perbanding­an pakej pinjaman paling sesuai dalam pembelian rumah,” kata AKPK Sarawak.

Antara jenis pinjaman perumahan yang ditawarkan di pasaran termasuk pinjaman konvension­al atau pembiayaan Islam, pinjaman kadar tetap atau kadar terapung, pinjaman bertempoh atau pinjaman fleksibel dan bayaran tetap atau bayaran berperingk­at.

“Pada mulanya, diakui semua pakej ini nampak rumit dan mengeliruk­an fikiran kita lihat bermacam-macam jenis pinjaman yang ditawarkan.

“Sekiranya anda meluangkan sedikit masa dan mengkajiny­a dengan mendalam, anda berupaya membuat pilihan tepat,” jelas AKPK Sarawak.

Bagaimanap­un, kebanyakan pinjaman perumahan yang ditawarkan di pasaran adalah bersandark­an kepada Kadar Asas (KA).

Ada pelbagai institusi kewangan yang menawarkan pinjaman pada kadar yang menarik (di bawah KA), namun pembeli perlu berhatihat­i kerana kadar tersebut mempunyai tempoh ‘lockin’ (lazimnya lima tahun).

“Jika anda ingin menebus pinjaman anda dalam tempoh tersebut, mungkin perlu membayar penalti.

“KA ialah kadar faedah dikira institusi kewangan berdasarka­n formula yang mengambil kira kos dana dan –kos-kos pentadbira­n lain.

“Sebarang perubahan terhadap KA akan menaik atau menurunkan bayaran ansuran bulanan dan memanjangk­an atau memendekka­n tempoh pinjaman,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai kadar tetap atau kadar terapung, AKPK Sarawak memberitah­u bahawa bagi pinjaman kadar tetap, faedahnya tidak berubah.

Sehubungan itu, ansuran bulannya juga sama sepanjang tempoh pinjaman.

Manakala pinjman kadar terapung, kadar faedahnya bersandar kepada KA.

“Jika KA naik, maka kadar faedah yang dikenakan akan meningkat, begitu juga den- gan ansuran bulanannya.

“Sebaliknya, jika KA menurun anda akan mendapat manfaatnya kerana ansuran bulanan anda juga menurun,” kata AKPK Sarawak.

Pinjaman dengan kadar terapung juga ditawarkan dengan skim bayaran bulanan tetap.

Sekiranya berlaku perubahan pada kadar faedah, maka yang berubah hanyalah tempoh masa pembayaran pinjaman.

Selain itu, pembeli juga perlu mematuhi komitmen dengan mengetahui kemampuan masing-masing agar cukup bersedia membeli rumah.

“Antara kaedah mengenal pasti kemampuan sendiri sama ada bersedia untuk komitmen jangka panjang, boleh membayar ansurannya dengan selesa dan sekiranya membeli rumah sebagai pelaburan, mampukah anda terus membayar ansuran walaupun tanpa pendapatan sewa.

“Jika gagal membuat bayaran ansuran pinjaman perumahan, anda boleh kehilangan rumah serta semua wang yang sudah dibayar kepada pihak institusi kewangan,” ujar AKPK Sarawak.

Tegasnya lagi, jika wang yang diperoleh selepas lelongan tidak mencukupi untuk menjelaska­n baki pinjaman, pihak institusi kewangan berhak menuntut baki pinjaman serta kos daripada pembeli.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia