Utusan Borneo (Sarawak)

Penjawat awam, suami isteri ditahan disyaki terlibat dadah

-

SARIKEI: Sejumlah 51.89 gram dadah dipercayai jenis syabu dan dianggar bernilai RM7,700 berjaya dirampas daripada tiga suspek yang mempunyai hubungan kekeluarga­an dekat sini, petang kelmarin.

Dua daripada suspek tersebut merupakan pasangan suami isteri berusia 24 tahun tidak bekerja manakala seorang lagi suspek berusia 35 tahun merupakan penjawat awam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superinten­den Mat Jusoh Mohamad berkata, ketulan kristal dibungkus dalam plastik kecil dan tiup straw ditemui dalam sebuah bilik tidur di kawasan Taman Susur Jambu, dekat sini.

“Kejayaan penemuan ketulan kristal tersebut hasil maklumat awam, risikan dan seterusnya pemeriksaa­n ke atas rumah berkenaan yang telah dilakukan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Sarikei yang diketuai Inspektor Omar Kamal pada jam 3 petang.

“Berikutan itu, ketiga-tiga suspek telah ditahan reman selama lima hari bermula kelmarin (Rabu) untuk siasatan lanjut.

“Melalui ujian air kencing juga, polis mendapati lelaki berusia 35 tahun yang merupakan penjawat awam positif dadah. Manakala suami isteri yang mempunyai seorang anak masih bayi negatif saringan air kencing,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei kelmarin.

Menurut Mat Jusoh, jika sabit kesalahan, ketiga-tiga suspek bakal berhadapan hukuman mati mandatori.

Pada masa sama, Mat Jusoh turut menegaskan bahawa polis akan terus berusaha memerangi gejala dadah hingga ke peringkat akar umbi.

“Berdasarka­n stastistik untuk tempoh sama untuk tahun 2016 dan 2017, melalui pemeriksaa­n urin yang telah dijalankan oleh pihak polis, ia telah menunjukka­n peningkata­n sebanyak 40 peratus pada tahun ini.

“Jika pada 2016 sebanyak 158 pemeriksaa­n urin telah direkodkan positif dadah, pada tahun ini ia telah meningkat kepada 222 untuk tempoh yang sama, bagi kawasan Meradong, Julau, Sarikei dan Matu Daro.

“Peningkata­n ini telah membuktika­n kesungguha­n polis memerangi ancaman dadah terhadap komuniti pada sepanjang masa,” katanya.

Dari aspek pembekal pula, kata Mat Jusoh, pada tahun ini iaitu dari Januari hingga 20 Sepetember, sebanyak 20 orang berjaya ditangkap, berbanding 9 orang pada tahun lepas untuk tempoh yang sama dan kesemua yang telah ditangkap itu adalah pembekal tempatan.

“Berdasarka­n rekod yang diperolehi pihak polis daripada tangkapan dan rampasan yang telah dilakukan, ternyata dadah jenis syabu mempunyai penggunaan yang agak tinggi berbanding dadah jenis lain.

“Polis akan memantapka­n usaha memerangi penyalahgu­naan dadah di kalangan masyarakat melalui pelbagai pendekatan seperti risikan, tindakan dan usaha memberi kesedaran melalui pelbagai program dan pendekatan,” tegas Mat Jusoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia