Utusan Borneo (Sarawak)

Veteran kelainan upaya akan terima bantuan daripada PVTMS

-

SIBU: Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) akan menyerahka­n cek bantuan kebajikan kepada lapan ahli yang merupakan veteran kelainan upaya (VKU) sebanyak RM500 seorang.

Bantuan tersebut merupakan salah satu inisiatif kerajaan mengenang jasa veteran semasa berkhidmat mempertaha­nkan keamanan dan kedaulatan negara.

Presiden PVTMS Thomas Ling Kui Eng berkata,sumbangan tersebut adalah hasil daripada kutipan Kempen Tabung Pahlawan (KTP) tahun 2016.

Selain itu, PVTMS juga menyerahka­n cek bantuan kepada empat ahli di zon Sibu yang terdiri daripada Abdullah Bus, Jugah Umpi, Lebak Gasan dan John Jawang.

Hadir sama ialah Setiausa- ha PVTMS Suhaimi Abdul Rashid, Bendahari Mohd Bakri Mohd Yusoff serta AJK PVTMS Jambari.

Berucap pada majlis, Thomas berkata persatuan tidak pernah melupakan jasa ahliahli yang bekerja keras untuk persatuan.

Pada tahun ini katanya, seramai tujuh orang ahli persatuan yang terdiri daripada peguam penasihat, ahli jawatankua­sa dan staf sokongan akan dikurniaka­n darjah kebesaran persekutua­n dan negeri.

Mereka terlibat ialah Mohd Bakri Mohd Yusoff (Bintang Ahli Mangku Negara), Huang Lung Ong (Ahli Bintang Sarawak) serta Bantan Badang, Damat Ijau, Dominic Assang Subin, Othman Suhaili dan Sandra Manggie (Bentara Bintang Sarawak)

“Persatuan akan terus menghantar nama calon untuk dianugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat pada tahun akan datang sebagai menghargai dan mengiktira­f khidmat veteran kepada negara,” tambah beliau.

Dalam perkembang­an lain, persatuan akan mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Pasar Sentral Sibu pada 7 Oktober depan, jam 9 pagi.

Majlis dijangka dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri Dudong merangkap Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu Datuk Tiong Thai King.

Thomas menggesa semua ahli agar hadir beramai-ramai pada hari tersebut sebagai tanda sokongan kepada aktiviti yang diadakan oleh persatuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia