Utusan Borneo (Sarawak)

Gabungan 25 NGO Selangor bantah pesta arak

-

SHAH ALAM: Gabungan 25 badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini memohon agar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah campur tangan sekiranya terdapat cadangan pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’ mahu dianjurkan di sini.

Pengerusi gabungan berkenaan Nor Nazilah Idris berkata, baginda selaku ketua agama Islam di Selangor berkuasa untuk menghalang sebarang aktiviti atau program yang tidak menghormat­i sensitivit­i umat Islam daripada dilangsung­kan di sini.

“Memorandum berkenaan hal ini telah pun kami serahkan kepada wakil Istana Bukit Kayangan pagi tadi dan kami percaya memorandum berkenaan akan dibawa ke pengetahua­n baginda,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan bantahan terhadap penganjura­n festival minuman keras itu di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari, semalam.

Kira-kira 50 anggota NGO antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Biro Aduan Masyarakat Selangor dan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia hadir dalam perhimpuna­n bantahan berkenaan yang diadakan selepas solat Jumaat.

Pada Isnin lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menolak permohonan permit bagi penganjura­n pesta tersebut atas sebab keselamata­n, selain ia juga bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.

Pesta berkenaan sepatutnya diadakan dari 6 hingga 7 Okt di pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur, dengan menampilka­n 250 jenama arak yang berbeza daripada 43 kilang arak dari seluruh dunia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTAH: Beberapa Gabungan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengadakan bantahan terhadap pesta arak dan pesta gay serta apa sahaja kegiatan yang menghina kesucian agama Islam sebagai agama rasmi persekutua­n di luar pekarangan Masjid Sultan...
— Gambar Bernama BANTAH: Beberapa Gabungan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengadakan bantahan terhadap pesta arak dan pesta gay serta apa sahaja kegiatan yang menghina kesucian agama Islam sebagai agama rasmi persekutua­n di luar pekarangan Masjid Sultan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia