Utusan Borneo (Sarawak)

Pengorbana­n asas kekuatan negara

Perbezaan diketepika­n, perpaduan aset merencana strategi negara berjaya

-

KUALA LUMPUR: Pengorbana­n semua pihak dengan mengetepik­an perbezaan antara satu sama lain adalah asas kekuatan Malaysia yang menjadikan negara ini sebuah negara Islam progresif lagi dinamik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, keadaan itu turut didorong dengan kesatuan dan perpaduan rakyat yang menjadi aset serta azimat dalam merencana strategi membina sebuah negara bangsa yang berjati diri serta berjaya.

“Kerana, dengan adanya kesatuanla­h, khususnya dalam kalangan umat Islam dan rakyat di negara ini, kita berjaya bebas daripada belenggu penjajahan kepada mencapai kemerdekaa­n.

“Melalui penyatuan dan permuafaka­tan juga, kita bukan sahaja mampu membawa rakyat negara ini keluar daripada kepompong kemiskinan kepada kemajuan, bahkan kini, sedang rancak merintis jalan kemakmuran menuju ambang negara maju berpendapa­tan tinggi,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan tahun 1439H/2017M di sini, semalam.

Menyentuh tentang keadaan ekonomi negara ketika ini, beliau berkata segala usaha gigih kerajaan semakin menampakka­n kejayaan apabila baru-baru ini, Keluaran Dalam Negara Kasar suku kedua 2017 mencatatka­n pertumbuha­n memberangs­angkan pada kadar 5.8 peratus, yakni antara yang tertinggi di dunia.

Katanya, laporan State of The Global Islamic Economy 2016/2017 oleh Thomson Re-

Kerana, dengan adanya kesatuanla­h, khususnya dalam kalangan umat Islam dan rakyat di negara ini, kita berjaya bebas daripada belenggu penjajahan kepada mencapai kemerdekaa­n. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

uters menunjukka­n Malaysia sekali lagi menduduki tangga pertama secara keseluruha­n daripada senarai 73 buah negara di dunia.

“Malah lebih mutakhir, dalam laporan sama, Malaysia bukan sahaja turut diakui sebagai ‘the best developed ecosystem for Islamic Finance in the world’ (pembanguna­n ekosistem kewangan Islam terbaik dunia), bahkan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) negara ini dilaporkan mempunyai Islamic Saving Plan yakni Pelan Penyimpana­n Islam terbesar di dunia,” katanya.

Perdana menteri berkata Malaysia bukan sahaja dijadikan sebagai negara Islam contoh yang maju lagi progresif, bahkan diakui signifikan sebagai antara pelaku utama di arena antarabang­sa.

Sebagai sebuah negara Islam, Najib berkata kerajaan akan terus menumpukan hal ehwal pembanguna­n dan kebajikan masyarakat melalui Projek-Projek Infra-Rakyat yang berteraska­n Maqasid Syariah seperti projek Transit Aliran Massa (MRT) selain Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), Lebuhraya Pan-Borneo serta Kereta Api Berkelajua­n Tinggi yang se- dang rancak dan bakal dibina.

Selaras dengan perspektif Manhaj Maqasid Syariah, Najib berkata kerajaan hari ini, dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, sentiasa mengamalka­n pendekatan wasatiyyah atau kesederhan­aan sebagai tunjang kepada tadbir urus kerajaan.

Katanya atas prinsip itu, Malaysia menolak sebarang ideologi dan fahaman ekstrem dan melampau seperti ancaman anasir Daesh, Al-Qaeda mahupun IS, juga aliran yang bersifat terlalu liberal atau longgar.

“Atas prinsip itu jugalah LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgende­r) mesti kita tolak kerana ia tidak ada tempat dalam negara kita,” katanya.

Malaysia, katanya akan terus prihatin dan berperanan aktif terhadap isu kemanusiaa­n di seluruh dunia, khususnya dalam membantu saudara seakidah di Palestin dan di Wilayah Rakhine, Myanmar.

Najib turut menafikan dakwaan seorang pemimpin pembangkan­g yang menyatakan kononnya beliau tidak membawa isu Rohingya kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam pertemuan di White House baru-baru ini.

“Lihatlah kenyataan rasmi yang dikeluarka­n White House selepas pertemuan itu, apatah lagi saksi-saksi yang begitu ramai termasuk Tokpa kita (Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed) yang turut berada di sana boleh mengesahka­n memang saya bawa isu Rohingya ini kepada Presiden Trump,” katanya.

Katanya, hasil pertemuan itu, beliau dimaklumka­n bahawa Amerika Syarikat telah meluluskan peruntukan AS$32 juta untuk membantu masyarakat Rohingya di Myanmar.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata sambutan awal Muharam, tidak boleh dilihat sekadar bersifat sambutan semata-mata, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu hari yang signifikan, yang mengandung­i hikmah serta pengajaran yang boleh diteladani.

Bertemakan ‘ Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara’ penganjura­n sambutan Maal Hijrah itu bertujuan mengimbas peristiwa bersejarah penghijrah­an Nabi Muhammad SAW dan kaum muslimin dari kota Makkah ke kota Madinah.

Bersempena sambutan kali ini, bekas Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1439H/ 2017M peringkat kebangsaan.

Turut hadir pada majlis itu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta beberapa menteri kabinet. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Najib berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H/2017 di Masjid Sultan Ismail Petra, Jalan Duta dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Najib berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H/2017 di Masjid Sultan Ismail Petra, Jalan Duta dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia